Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil Jun 2024

Isu Buli Siber Akan Dibentangkan Dalam Kabinet Jumaat Ini

Diterbitkan Julai 11, 2024 · Dikemas kini Julai 11, 2024 oleh Muhd Idham

Berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh Berita RTM, Kementerian Komunikasi telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap beberapa individu yang terlibat dalam kegiatan pembulian siber di platform media sosial yang berlaku baru-baru ini.

Isu ini mula diambil serius apabila ia melibatkan kes kematian seorang pencipta kandungan TikTok yang dikenali sebagai Esha atau nama sebenarnya A Rajeswari sampai ke sumber maklumat Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Mangsa dikatakan berasa takut sehingga melakukan sedemikian kerana terdapat akaun palsu yang berani mengambil gambar tempat tinggal dan ahli keluarganya. Dalam erti kata lain, mengganggu keperibadian seseorang individu.

“Saya dah minta SKMM bertindak ke atas sejumlah individu dalam live TikTok, Facebook yang keluar perkataan boleh ditafsirkan buli siber atau muat naik komen jelik dan komen langgar undang-undang.” – Fahmi Fadzil

Kenyataan beliau itu juga disusuli dengan tindakan Ketua Polis Sentul, Ahmad Sukarno Mohd Zahari yang mengarahkan pihaknya untuk merakam keterangan terhadap sembilan individu berhubung dengan kes tersebut.

Kes itu kemudiannya akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah), Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (kelakuan aib) serta dibentangkan isu pembulian siber ini di Kabinet pada esok hari.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Samsung Galaxy Z Fold6, Z Flip6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM4,999
  • Samsung Galaxy Watch Ultra Dilancarkan - Exynos W1000, Titanium Gred 4, 10ATM
  • Siri Galaxy Buds3 Kini Dikuasakan Dengan Galaxy AI, Harga Dari RM599
  • OPPO A3 Pro 5G Kini Rasmi Dengan Harga RM1,099

Sumber: Free Malaysia Today

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY