Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pemuda Nyaris Maut Terminum Asid Ketika Sedang Bermain PUBG

Ketagihan Jadi Punca Kerajaan Nepal Haramkan PUBG

Diterbitkan April 12, 2019 oleh Haikel Areff

PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG adalah antara permainan video paling popular di dunia ini. Namun disebalik populariti itu, ia juga menjadi salah satu daripada permainan video yang sering dihimpit kontroversi.

Ia seterusnya membawa kepada pengharamannya di beberapa kawasan di dunia, terutamanya di India. Terbaru, PUBG telah diharamkan secara menyeluruh di Nepal pula.

Keputusan itu telah dibuat oleh Penguatkuasa Telekomunikasi Nepal (NTA) hari ini dan berkuatkuasa serta-merta. Ia terpaksa diambil kerana PUBG dikatakan menyebabkan ketagihan melampau kepada kanak-kanak dan remaja.

Ibu bapa juga dikatakan risau PUBG akan melalaikan anak-anak mereka daripada mengulangkaji pelajaran dan melakukan tugas harian yang lain.

Sehubungan dengan itu, semua penyedia perkhidmatan internet di negara berkenaan diarahkan untuk menyekatkan permainan PUBG daripada perkhidmatan mereka.

Dengan pengumuman ini, Nepal menjadi antara negara terawal yang menyekat permainan PUBG di peringkat nasional, berbeza dengan India yang hanya melaksanakannya di beberapa buah negeri.

 

Sumber: Kathmandu Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY