iPhone SE 2020 Mula Dijual Di Malaysia Hari Ini - Harga Bermula RM 1,999

Teka-teki tarikh penjualan iPhone SE (2020) yang terbaharu akhirnya terjawab apabila laman rasmi Apple Malaysia mula membuka menu pembelian peranti berkenaan di sana. Peranti ini telah pun dilancarkan pada 15 April lalu dan harganya juga sudah diketahui secara rasmi.

iPhone SE membawakan cip A13 Bionic dalam reka bentuk kecil 4.7 inci Retina HD serta mempunyai paparan IPS LCD. Antara fungsi menarik termasuklah hadir dengan pakej peranti mercu seperti pengecasan tanpa wayar, piawaian kalis air IP67, pembesar suara stereo, rekaan kaca/aluminium dan juga kamera bertaraf iPhone 11.

Spesifikasi lain termasuklah pilihan storan dalaman 64GB/128GB/256GB, kamera belakang tunggal 12MP, swafoto 7MP, dan bateri berkapasiti 1821mAh.



 

Untuk harga jualan, lihat senarai di bawah ini.

  • iPhone SE (64GB) -  RM1,999

  • iPhone SE (128GB) - RM2,199

  • iPhone SE (256GB) - RM2,699


Peranti boleh didapati dalam 3 pilihan warna iaitu hitam, putih, dan merah (Product Red). Melalui laman rasmi Apple tersebut, tiada caj penghantaran akan dikenakan dan tarikh terima adalah bergantung kepada alamat penerima.

Sumber: Apple Malaysia