iPhone SE Gunakan Sensor Kamera iPhone 8 Yang Lama, Bukannya XR Seperti Yang Disangka

Model iPhone SE terbaharu telah pun dilancarkan pertengahan Mac lalu. Ia mengguna pakai rekaan iPhone 8 yang lama namun disertakan dengan cip A13 Bionic yang terkini dari Apple. Tidak mengejutkan juga, baru-baru ini terdapat laporan bahawa hampir majoriti dari komponen iPhone SE tersebut merupakan komponen lama yang diambil dari iPhone 8.

Kapsyen: iPhone SE 2020


Bercakap lebih spesifik mengenai komponen iPhone SE, ramai yang tertanya-tanya komponen apakah yang diguna pakai dalam kameranya. Ada yang menjangkakan ia sebuah kamera iPhone XR. Pada masa yang sama ada juga yang mengatakan ia hanya sebuah kamera dari iPhone 8.

Hari ini persoalan itu terjawab secara rasmi kerana bedah siasat peranti ini telah mendapati bahawa ia menggunakan sensor kamera dari iPhone 8. Ini adalah disebabkan kerana sensor yang digunakan mempunyai saiz yang kecil untuk mengatakannya sebuah sensor iPhone XR. Pada masa yang sama, ia saiznya sama sahaja dengan iPhone 8.

Kapsyen: Sensor kamera dari kiri ke kanan: iPhone SE, iPhone 8, dan iPhone XR.


Sebelum ini ramai yang beranggapan kamera pada iPhone SE merupakan kamera yang sama pada iPhone XR disebabkan ia menyokong Smart HDR dan hanya boleh mengambil mod potret gambar manusia sahaja.

Kapsyen: Kamera iPhone SE yang menyokong Smart HDR dan mod potret hanya untuk manusia sahaja.


Apa yang menarik adalah walaupun iPhone SE ini mempunyai sebuah sensor yang sama seperti iPhone 8, gambar yang dihasilkan adalah lebih lebih berkualiti dari iPhone XR. Bagaimana pula sebuah sensor yang lemah mampu menghasilkan kualiti kamera yang lebih baik?

Ini semuanya berkait rapat dengan kemampuan memproses cip A13 Bionic yang cemerlang. Bukan sahaja prestasi iPhone SE lebih kalis masa hadapan, malah dari segi kualiti gambar juga pengguna tidak akan merasa ketinggalan kerana ia setanding dengan peranti flagship lebih mahal harganya.

Secara tidak langsung ini bermaksud, pada iPhone SE kualiti kamera adalah kurang terhadap perkakas, tetapi dilebihkan pada bahagian kemampuan memproses dan perisiannya.

Sumber: iFixit

 

Berkaitan