Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple iPhone boleh lipat

Apple Dilapor Akan Hentikan Pengeluaran iPad mini Selepas Pelancaran iPhone Dengan Skrin Boleh Lipat

Diterbitkan November 11, 2020 ยท Dikemas kini November 11, 2020 oleh Amalina Athman

Ketika syarikat seperti Samsung dan Huawei telah pun memasuki generasi kedua dalam pelancaran telefon boleh lipat, Apple dilaporkan dalam pembangunan untuk menghasilkan iPhone boleh lipat.

Terbaru, laporan mendedahkan jualan iPad mini akan dihentikan sebaik sahaja Apple melancarkan iPhone boleh lipat kelak. Ini kerana, Apple merancang untuk melancarkan telefon hibrid pertama yang membolehkan ia beralih antara iPhone dan iPad mini. Telefon boleh lipat ini dijangka akan diperkenalkan pada tahun 2022.

Model asas bagi telefon boleh lipat ini dijangka akan dimuatkan dengan kapasiti storan 256GB serta RAM 8GB. Sementara itu, ia dijangka akan ditawarkan pada harga bermula $1,499 (~RM6180) serta tidak akan dilancarkan sehingga November 2022.

Laporan mengenai iPhone boleh lipat ini bukanlah perkara baru. Apple telah mempatenkan rekaan boleh lipat ini sejak 2019. Pada Jun lalu, Jon Prosser turut mendedahkan mengenai prototaip iPhone boleh lipat yang didakwa mempunyai skrin panel berasingan.

Sumber: The Verifier

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY