Perkhabaran ini muncul setelah Economic Daily News melaporkan Apple akan menghantar wakil untuk bertemu dengan General Interface Solution (GIS). Pertemuan antara dua pihak ini dikatakan akan membincangkan mengenai pembangunan paparan iPhone yang dilengkapi ciri imbasan cap jari dibawah paparan.
Penawaran ini dijangka dibuat seawal tahun 2020 pada salah satu model, namun mungkin juga dianjak sedikit ke tahun yang berikutnya. Dikatakan lagi, Apple akan menggunakan sensor imbasan ultrasonik dari Qualcomm sepertimana yang sedia digunakan pada siri Galaxy S10.
Ini mungkin perkembangan baik untuk peminat yang mana sejak iPhone X, Apple hanya menawarkan satu fungsi biometrik sahaja.
Buat masa sekarang, terdapat dua jenis imbasan cap jari bawah paparan iaitu optikal dan ultrasonik. Sensor optikal berfungsi dengan bergantung kepada cahaya daripada paparan peranti untuk mencipta imej 2D cap jari. Sementara itu jenis ultrasonik pula menggunakan bunyi berfrekuensi tinggi dalam menghasilkan imej 3D cap jari.
Apple diramal akan melancarkan dua model pada tahun hadapan iaitu versi bajet, sekitar enam bulan pertama 2020. Versi lebih berkuasa pula akan menyusul pada September.
Sumber: Economic Daily News
Berkaitan
- Apple Siarkan 4 Video Bandingkan "Telefon Anda Dan iPhone"
- Pasaran Jam Tangan Pintar Global Meningkat, Apple Kekal Di Kedudukan Teratas
- OPPO A9 2020 Dan OPPO A5 2020 Diperkenalkan, 4 Kamera Dengan Snapdragon 665
- 5 Kamera Nokia 9 PureView Hanya Setanding iPhone 7 Berdasarkan Ujian DxOMark
- Apple macOS Sierra Kini Boleh Di Muat Turun
- Ini Mungkin Harga Jualan iPhone 11, 11 Pro Dan 11 Pro Max
- Anda Mungkin Boleh Kesan Alat Kawalan Apple TV Dengan "Find My"
- Switch Turut Tawarkan Harga Menarik Untuk Barangan Apple Sempena Jualan 12.12
- Mungkin Tiada Lagi iPhone Dalam Masa 10 Tahun Lagi
- Foxconn Nyatakan Koronavirus Tidak Jejaskan Pengeluaran iPhone Di China