Apple bukanlah dari jenama yang berterus terang dengan jumlah RAM dan juga kapasiti bateri yang dimuatkan. Sebelum ini, kita telah mengetahui jumlah RAM yang dimuatkan pada kesemua model dalam iPhone 12 melalui Xcode.
Untuk bateri pula, cara yang sama dilakukan iaitu melalui pihak ketiga. Kali ini adalah mengenai kapasiti bateri pada iPhone 12 dan juga iPhone 12 mini.
Menurut agensi pensijilan elektronik Brazil, iPhone 12 mini dimuatkan dengan kapasiti bateri 2,227mAh, manakala iPhone 12 biasa dengan 2,815mAh.
Untuk konteks, iPhone 12 mini akan mempunyai jangka hayat bateri paling singkat berbanding kesemua model iPhone 12 manakala iPhone 12 biasa mempunyai kapasiti bateri lebih kecil berbanding iPhone 12 dengan 3,110mAh.
Jika melihat kepada laman rasmi Apple, anda boleh melihat iPhone 12 mini dijangka mampu bertahan selama 15 jam, ia adalah 2 jam lebih lama berbanding 13 jam pada iPhone SE 2020.
iPhone 12 adalah sama dengan iPhone 11 yang mampu bertahan selama 17 jam. Agak menggagumkan memandangkan saiz bateri yang lebih kecil namun mampu mempunyai jangka hayat yang sama.
Tambahan lagi, iPhone 12 mini mempunyai jangka hayat lebih lama berbanding iPhone SE 2020 menurut Apple. Cip Apple A14 Bionic mungkin faktor utama bagaimana Apple boleh memberikan jangka hayat yang agak baik memandangkan kesemua iPhone 12 mempunyai saiz yang lebih nipis berbanding iPhone 11.
Akan tetapi, kapasiti bateri untuk iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max tidak dikongsi oleh agensi tersebut. Menurut laman rasmi Apple, iPhone 12 Pro kurang satu jam berbanding iPhone 11 Pro dengan 17 jam ketahanan bateri, manakala iPhone 12 Pro Max sama seperti iPhone 11 Pro Max mampu bertahan selama 20 jam.
Dari: Macrumors