iPad Dijangka Tampil Dengan Paparan OLED Tahun Hadapan

Laporan terbaru mengatakan Apple dijangka menggantikan panel LCD mereka kepada OLED bagi barisan iPad. iPad Pro M1 pun sebenarnya masih menggunakan LCD tetapi dengan teknologi baharu - mini-LED.

Samsung dan LG dikhabarkan sudah bersedia untuk bekerjasama dengan Apple bagi merealisasikannya.

Baca juga - Cip M1 Terlalu "Power" Untuk iPad Pro

Meskipun begitu, Apple boleh dikatakan berjaya pada iPad Pro 12.9 inci baharu tersebut kerana teknologi mini-LED dapat menawarkan paparan dengan kecerahan serta kontras yang baik seakan OLED. Akan tetapi kos penghasilannya lebih murah.

Walau apa pun, tidak mustahil bagi Apple kerana barisan iPhone 12 sudah tampil dengan panel OLED.

Sumber: etnews