Semak dahulu model iPhone anda.
Dalam acara istimewa Apple yang baru sahaja selesai sebentar tadi, Apple telah memperkenalkan barisan model iPhone 11 dan produk-produk mereka yang lain. Walaubagaimanapun tiada sebarang pengumuman tarikh sistem operasi iOS 13 akan dilepaskan kepada pengguna iPhone.
Tetapi menerusi semakan di laman muka iOS 13 memaparkan ia akan dilepaskan kepada pengguna iPhone bermula dari 20 September 2019.
Buat masa ini versi iOS 13 beta masih dalam peringkat pembangunan yang hanya boleh digunakan oleh pembangun yang berdaftar dan pengguna yang berdaftar dengan Apple Beta Software Program sahaja.
Pengguna iPhone yang boleh menaik taraf kepada iOS 13 pula adalah mereka yang menggunakan model-model iPhone berikut:-
- iPhone XS
- iPhone XS Max
- iPhone XR
- iPhone X
- iPhone 8
- iPhone 8 Plus
- iPhone 7
- iPhone 7 Plus
- iPhone 6s
- iPhone 6s Plus
- iPhone SE
- iPod touch (Generasi ke- 7)
Jadi sementara menunggu iOS 13, anda bolehlah membuat salinan (backup) terhadap iPhone anda dahulu bagi mengelakkan sebarang kehilangan data yang boleh berlaku ketika proses kemas kini iPhone dibuat.
Berkaitan
- Perbandingan Spesifikasi MacBook Air 13" (M2), MacBook Air 15" Dan MacBook Pro 13"
- Perisian Hasad Sudah Berjaya Tembusi Ciri Keselamatan Baru Android 13
- Android 12 Lebih Banyak Isu Kecacatan Berbanding iOS 15 Selepas 10 Bulan Dilancarkan - Kajian
- Ciri Baru Android 13 Ini Sudah Tersedia Ada Dalam Telefon Pintar Galaxy
- Tempah ASUS Zenbook S 13 Sekarang Dan Dapatkan ASUS ZenScreen Secara Percuma
- Ini Senarai Peranti Xiaomi, Redmi Dan Poco Yang Dijangka Akan Terima Naik Taraf Android 13 Nanti
- Langganan Apple Arcade Mula Ditawarkan Kepada Pengguna Peranti iOS
- Pengguna iPhone Dah Boleh Kemaskini iOS 15
- Pengguna Peranti Sistem KaiOS Kini Boleh Membuat Panggilan Audio WhatsApp
- Cip Apple A13 Untuk Model Terbaru iPhone 2019 Dilaporkan Sudah Mula Dikilangkan Oleh TSMC