Ini Harga Rasmi Bagi Barisan Laptop Asus Dengan Siri RTX 3050

Asus hari ini telah melancarkan barisan komputer riba (laptop) buat pasaran tempatan yang mana tumpuan utama adalah cip Intel Gen-11 serta kad grafik baharu NVIDIA RTX 3050.

Berikut adalah komputer komputer riba Asus baharu yang hadir di Malaysia:

  • Asus TUF Gaming F15 dan F17

  • Asus TUF Dash F15

  • ROG Strix G15 dan G17

  • ROG Zephyrus G14


Asus TUF Gaming F15 dan F17




Barisan komputer riba ini adalah antara yang mampu milik bagi yang mahukan laptop gaming. Ia dikuasakan cip Intel Core i5-11400H yang digandingkan RTX 3050 4GB.

Memorinya pula adalah 8GB RAM dan mempunyai satu slot tambahan serta storan dalaman 512GB NVMe SSD. Turut dilengkapi skrin 15.6 inci atau 17.3 inci beresolusi FHD dengan sokongan 144Hz.

Selain itu, terdapat sebuah lagi varian F15 yang lebih berkuasa kerana didatangkan cip Intel Core i7-11800H, RTX 3060 6GB, RAM 16GB serta storan dalam 512GB NVMe SSD.

Harga jualan:

  • TUF Gaming F15 - RM4199

  • TUF Gaming F17 - RM4299

  • TUF Gaming F15 (RTX 3060) - RM5599


Asus TUF Dash F15




Bagi Asus TUF Dash pula, ia ditawarkan hampir sama dengan TUF Gaming akan tetapi rekaannya tampil rekaan yang lebih menarik.

Dengan pilihan warna Eclipse Grey atau Moonlight White, ia dikuasakan cip Intel Core i7-11370H yang dipadankan dengan RTX 3050Ti 4GB.

Selain itu, memori dimuatkan sebesar 8GB RAM yang boleh ditambah lagi kerana hadir dengan satu slot tambahan. Storan dalaman pula diberikan sebanyak 512GB NVMe SSD serta slot storan tambahan.

Beralih kepada skrin, komputer riba ini dilengkapi paparan 15.6 inci dengan resolusi FHD dan menyokong kadar penyegaran 144Hz.

Harga jualan:

  • RM4799


ROG Strix G15 dan G17


Barisan komputer riba dalam siri G ini boleh dikatakan antara yang popular kerana rekaannya membuatkan para gamer terliur.

Komputer riba ini mempunyai 4 varian pilihan yang mana sebuah ROG Strix G15 dijana Ryzen 5600H. Makala yang lain dikuasakan Ryzen 7 5800H. Tambahan lagi, masing-masing dikuasakan kad grafik sama, iaitu RTX 3050 4GB.

Selain itu, mereka juga hadir dengan 8GB RAM dan storan 512GB NVMe SSD serta menyokong lagi satu slot tambahan bagi kedua-duanya. Sementara skrinnya turut mempunyai resolusi FHD dan kadar penyegaran 144Hz.

Harga jualan:

  • Strix G15 (Ryzen 5 5600H) - RM4199

  • Strix G15 (Ryzen 7 5800H) - RM4499

  • Strix G17 (Ryzen 7 5800H) - RM4599

  • Strix G15 Electro Punk - RM4799


ROG Zephyrus G14




Nama Zephyrus dalam komputer riba Asus sememangnya antara yang paling berkuasa. Kali ini, Asus memberikan 4 pilihan varian.

Persamaan antara mereka adalah cip yang menggunakan Ryzen 7 5800HS, RAM 8GB dengan slot tambahan serta storan dalaman 512GB NVMe SSD.

Paparannya dilengkapi skrin beresolusi FHD, kadar penyegaran 144Hz dan juga mempunyai pengiktirafan Pantone 100% sRGB.

Sementara sebuah lagi model yang dipacu kad grafik RTX 3050Ti 4GB pula hadir dengan paparan WQHD, kadar penyegaran 120Hz dan format warna DCI-P3 serta pengiktirafan Pantone.

Selain itu, 2 daripada varian ini dimuatkan RTX 3050 4GB manakala sebuah lagi hanya kad grafik GTX1650 4GB.

Harga jualan:

  • Zephyrus (GTX 1650) - RM4799

  • Zephyrus (RTX 3050) - RM5699

  • Zephyrus (RTX 3050Ti) - RM6499


Dari ketersediaan, kesemua komputer riba ini akan mula berada di pasaran mulai bulan ini dan juga Jun.

Sumber: Siaran Media Asus