Intel Mengumumkan Barisan Cip Pemprosesan Terbaru Intel Cascade Lake-X Gen-10

Cip berprestasi tinggi untuk komputer meja pada harga lebih murah bagi menyaingi cip AMD Threadripper.


Tidak dinafikan, cip dari AMD Threadripper untuk komputer kini menjadi pilihan utama pengguna yang mahukan cip berprestasi tinggi pada harga murah. Ia kini amat hangat dipasaran berbanding cip-cip keluaran Intel.

Berikutan itu, Intel telah memperkenalkan barisan cip terbaru Intel Cascade Lake-X yang akan memberikan pengguna lebih pilihan bagi mendapatkan cip berprestasi tinggi pada harga yang lebih murah dari cip-cip berprestasi tinggi mereka yang lain.

Siri-siri cip tersebut termasuklah Intel Core i9-10900XE yang mempunyai 10 teras, Intel Core i9-10920XE dengan 12 teras, Intel Core i9-10940XE dengan 14 teras dan Intel Core i9-10960XE dengan18 teras.

Berikut adalah senarai penuh 12 model cip pemprosesan Intel Cascade Lake-X Gen-10:-



Cip pemprosesan Cascade Lake-X adalah berasaskan proses pembangunan mikroarkitektur cip pemprosesan Skylake, 14nm.

Tetapi Intel meningkatkan prestasi Cascade Lake-X dan memuatkan ciri teknologi Intel Turbo Boost 3.0.

Apa yang menjadi lebih menarik di sini adalah Intel mampu merendahkan harga cip pemprosesan mereka. Sebagai contoh, cip Intel Core i9-10980XE hanya berharga USD979 jauh lebih murah berbanding generasi Intel Core i9-9980XE yang ditawarkan sebelum ini.

Kapsyen: Kredit: AnandTech


Intel berharap dengan kehadiran cip berprestasi tinggi Cascade Lake-X ini, ia akan dapat menarik kembali minat pengguna komputer berprestasi tinggi terhadap cip keluaran mereka.



Intel Cascade Lake-X dijangka akan berada dipasaran dalam bulan November 2019.

Sumber: Toms Hardware