Meningkat sebanyak 2% berbanding tahun 2018.
Intel dalam laporan rasmi Intel Reports Fourth-Quarter and Full-Year 2019 Financial Results memberitahu bahawa, mereka telah berjaya memperoleh rekod pendapatan sehingga USD72 bilion pada tahun 2019 lalu.
Menurut Intel, jumlah itu meningkat sebanyak 2% barbanding tahun sebelumnya di mana pada tahun 2018 dahulu mereka mencapai pendapatan sebanyak USD70.8 bilion.
Intel juga memaklumkan menerusi operasi syarikat, mereka telah menjana rekod pendapatan tunai berjumlah USD33.1 bilion, membayar dividen sebanyak USD5.6 bilion dan membelanjakan sebanyak USD13.6 bilion bagi membeli semula 272 juta perkongsian stok.
Kejayaan rekod pendapatan itu dicapai ketika Intel turut membelanjakan sebanyak USD13.4 bilion untuk penyelidikan dan pembangunan serta mengurangkan perbelanjaan sehingga 27% daripada jumlah keseluruhan pendapatan yang diperolehi itu.
Daripada jumlah itu juga, sebanyak USD20 bilion telah berjaya dicapai hanya dalam tempoh 3 bulan terakhir pada suku keempat tahun 2019.
Sepanjang tahun lalu, secara keseluruhan rekod jualan komputer dari pelbagai jenama komputer menunjukkan peningkatan yang ketara.
Walaubagaimanapun untuk tahun 2020 ini, Intel berkata mereka menjangkakan akan mampu mencapai rekod pendapatan sehingga USD73.5 bilion.
Ia berikutan jangkaan situasi jualan komputer yang mungkin akan sedikit merosot sepanjang tahun 2020.
Intel menjangka pada suku pertama 2020 ini, mereka akan mencapai rekod pendapatan berjumlah USD19 bilion.
Sumber: Thurrott
Berkaitan
- Komputer Riba Alienware m15 Dan m17 Kini Dengan Reka Bentuk Yang Lebih Moden Dan Lebih Berkuasa
- Ini Senarai Cip Pemprosesan Intel Dan AMD Yang Menyokong Sistem Operasi Windows 11
- Prestasi AMD Ryzen Threadripper 3990X Mengatasi Cip Intel Dual Xeon Platinum 8280
- Pepijat Windows 10 Menyebabkan Beberapa Model Komputer Riba Dell, Lenovo Dan Asus Beroperasi Terlebih Panas
- Razer Tomahawk Komputer Meja Kompak Berprestasi Tinggi Yang Dibangunkan Razer Dan Intel
- Intel Akui Buat Masa Ini Mereka Tidak Mampu Mengejar Pembangunan Cip Pemprosesan AMD 7nm
- Acer Menaik Taraf Komputer Meja 'Gaming' Predator Orion 3000 Dan Nitro 50
- Microsoft Mendakwa Lebih Daripada 80 Ribu Komputer Windows Telah Dijangkiti Perisian Hasad Dexphot
- Kabel Lightning iPhone Ini Membolehkan Penggodam Mengakses Komputer Anda
- Arc, Jenama GPU Berprestasi Tinggi Pertama Dari Intel