Cip Pemprosesan Intel Rocket Lake Disahkan Akan Hadir Pada Suku Pertama 2021

Dalam hantaran terbaru oleh Naib Presiden Intel yang juga merangkap Pengurus Bahagian Grup Pelanggan Komputer Meja, Stesen Kerja dan Permainan, John F. Bonini memaklumkan bahawa generasi terbaru cip pemprosesan Intel bagi komputer meja akan dilancarkan pada suku pertama 2021 nanti.

Generasi ke-11 cip Intel itu akan menggunakan kod nama “Rocket Lake”.

I’m also happy to confirm that the next generation 11th Gen Intel Core desktop processors (codenamed “Rocket Lake”) is coming in the first quarter of 2021 and will provide support for PCIe 4.0.John F. Bonini.

Walaubagaimanapun, beliau tidak mendedahkan lebih lanjut tentang info cip pemprosesan tersebut. Tetapi beliau menjanjikan cip tersebut akan memberikan prestasi menakjubkan pada peminat permainan komputer.

Intel telah pun melancarkan generasi ke-11 cip pemprosesan mereka (Tiger Lake) bagi platfom komputer riba.

Jadi ini bermakna Intel mungkin melangkau Tiger Lake bagi cip komputer meja dengan hadirnya Rocket Lake pada tahun hadapan.