Serta 7 cip pemprosesan terbaru Pentium Gold dan Celeron bagi peranti mudah alih.

Selain daripada memperkalkan barisan cip pemprosesan generasi ke-9 Siri H bagi komputer riba, Intel turut perkenalkan 18 cip pemprosesan Intel Core i3, i5, i7 dan i9 generasi ke-9 bagi kategori komputer meja.

Intel mengkategorikan cip generasi terbaru untuk komputer meja ini kepada 2 siri iaitu Intel Core Siri S dan Intel Core Siri T.

Berikut adalah senarai 11 cip pemprosesan Intel Core generasi ke-9 Siri S dari Intel Core i3 hingga Core i9 yang telah diperkenalkan baru-baru ini:-

  • Core i9-9900: 3.1GHz base/5GHz turbo; 8 cores,
  • Core i7-9700: 3GHz base/4.7GHz turbo; 8 cores,
  • Core i7-9700F: 3GHz base/4.7GHz turbo; 8 cores,
  • Core i5-9600: 3.1GHz base/4.6GHz turbo; 6 cores,
  • Core i5-9500: 3GHz base/4.4GHz turbo; 6 cores,
  • Core i5-9500F: 3GHz base/4.4GHz turbo; 6 cores,
  • Core i3-9350K: 4GHz base/4.6GHz turbo; 4 cores,
  • Core i3-9320: 3.7GHz base/4.4GHz turbo; 4 cores,
  • Core i3-9300: 3.7GHz base, 4.3GHz turbo; 4 cores,
  • Core i3-9100: 3.6GHz base, 4.2GHz turbo; 4 cores,
  • Core i3-9100F: 3.6GHz base, 4.2GHz turbo; 4 cores,

Berikut pula adalah senarai 7 cip pemprosesan Intel Core generasi ke-9 Siri T. Cuma cip ini tidaklah begitu berkuasa sepertimana cip Intel Core utama yang lain kerana ia menggunakan tenaga yang rendah (35w).

IKLAN

Pentium Gold dan Celeron

Pentium Gold dan Celeron pula adalah cip pemprosesan yang sesuai digunakan pada peranti mudah alih seperti Microsoft Surface Go.

Berikut adalah senarai 4 cip pemprosesan Intel Pentium Gold dan 3 cip Intel Celeron terbaru:-

IKLAN

Daripada 25 cip pemprosesan terbaru Intel yang disenaraikan di sini, hanya cip Intel Pentium Gold dan Intel Core i9 sahaja yang dilengkapi dengan teknologi Intel Hyper-Threading Technology (HT).

Jika anda inginkan teknologi Intel HT itu selain daripada cip pemprosesan ini, anda boleh juga memilih cip Intel Siri X, Intel i9-9900K, i9-9900KF, i9-9900, and i9-9900T.

Atau juga dari barisan Intel Core i9 generasi ke-9 Siri H.