Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Melihat Jauh Dalam Mengalukan Kedatangan Era Perkomputeran Yang Baru

Intel Dan Microsoft Sahkan Isu “Downfall” Pada Cip Intel Generasi Terdahulu

Diterbitkan Ogos 25, 2023 oleh ariff bukhari

Intel dan Microsoft telah mengesahkan bahawa hampir semua pemproses siri komputer meja dari Intel, sebelum Generasi ke-12, terdedah kepada serangan Speculative execution side-channel atau juga dipanggil sebagai kerentanan Gather Data Sampling (GDS).

Isu GDS baharu itu juga digelar “Downfall“, dikesan di bawah CVE-2022-40982.

“Microsoft menyedari serangan pelaksanaan sementara baharu yang dinamakan pengumpulan pensampelan data (GDS) atau “Downfall.” Kerentanan ini boleh digunakan untuk membuat kesimpulan data daripada CPU yang terjejas merentasi sempadan keselamatan seperti kernel pengguna, proses, mesin maya (VM) dan persekitaran pelaksanaan yang dipercayai.” Microsoft.

Intel di laman rasminya pula menerangkan dengan lebih terperinci tentang Downfall atau GDS cara penyerang boleh mengeksploitasi data basi pada Intel Generasi ke-7 (Kaby Lake), Generasi ke-8 (Coffee Lake), Generasi ke-9 (Coffee Lake refresh), Generasi ke-10  (Comet Lake) dan Gen ke-11 (Rocket Lake pada komputer meja/Tiger Lake pada peranti mudah alih) yang tidak mempunyai ciri TDX.

“Gather Data Sampling (GDS) ialah kelemahan saluran sampingan pelaksanaan sementara yang menjejaskan pemproses Intel tertentu. Dalam sesetengah situasi apabila arahan kumpul melakukan beban tertentu daripada ingatan, penyerang berniat jahat mungkin menggunakan jenis arahan ini untuk membuat kesimpulan data basi daripada daftar vektor yang digunakan sebelum ini. Entri ini mungkin sepadan dengan daftar yang digunakan sebelum ini oleh benang yang sama, atau oleh benang berkaitan pada teras pemproses yang sama.” Intel.

Intel mengatakan bahawa cip Generasi ke-12 dan lebih baharu, seperti Alder Lake dan Raptor Lake, disertakan dengan ciri Intel Trust Domain eXtension (TDX ) yang mengasingkan mesin maya (VM) daripada pengurus mesin maya (VMM) atau hypervisor yang mengasingkannya daripada perkakasan yang lain dan sistem.

Jadi siri cip Intel Gen-12 dan terbaru tidak terkesan dengan isu kerentanan ini.

Dalam laman Downfall Attacks seperti yang diterangkan oleh penyelidik keselamatan Google bernama Daniel Moghimi, pepijat pada siri cip Intel terdahulu menyebabkan CPU “dengan tidak sengaja mendedahkan daftar perkakasan dalaman kepada perisian,” yang “membenarkan perisian yang tidak dipercayai mengakses data yang disimpan oleh program lain.”

Bukti-konsep Moghimi menunjukkan Downfall digunakan untuk mencuri kunci penyulitan daripada pengguna lain pada pelayan tertentu, serta jenis data lain.

Berkaitan

  • Beli Produk Kaspersky Serendah RM70 Dan Menangi iPhone 14, Galaxy S23
  • ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition - Bila Pakai, 'Confirm' Orang Tanya "Laptop Apa Ni Bro"
  • "Jangan Letak iPhone Di Bawah Bantal Ketika Dicas" - Apple

Sumber: Intel, Microsoft, Downfall

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY