Cip 5G dari 2 firma teknologi ini dijangka tiba dalam tahun 2021 nanti.
Pada lewat November lalu, Intel telah mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan syarikat teknologi Taiwan iaitu MediaTek Inc. bagi bersama membangunkan cip 5G untuk digunakan dalam model komputer riba terbaru.
Intel memaklumkan, mereka mensasarkan cip 5G yang dibangunkan itu nanti akan mula ditawarkan pada komputer riba pada awal tahun 2021 nanti. Pengeluar komputer Dell dan HP pula adalah antara syarikat terawal yang akan mula menggunakan cip 5G tersebut dalam barisan produk komputer riba mereka nanti.
"This partnership with MediaTek brings together industry leaders with deep engineering, system integration and connectivity expertise to deliver 5G experiences on the next generation of the world’s best PCs.” Intel.
Seperti sedia maklum, Intel telah pun tidak lagi membangunkan modem 5G bagi telefon pintar selepas menjual teknologi mereka itu kepada pihak Apple yang melibatkan nilai $1 bilion.
Ini sekaligus memberikan mereka peluang lebih memfokuskan pembangunan cip 5G pada barisan produk lain seperti komputer, peranti IoT, kenderaan tanpa pemandu dan lain-lain.
Sumber: Forbes
Berkaitan
- Cara Mengemas Kini Pemacu Cip Intel, AMD Dan Nvidia Secara Manual
- Intel Mencapai Rekod Pendapatan Sehingga USD72 Bilion Pada Tahun 2019
- Samsung Dan MediaTek Catat Rekod Muat Naik 5G Selaju 363Mbps
- Cip Intel Rocket Lake Akan Tiba Dalam Bulan Mac Nanti
- Samsung Atasi Intel Sebagai Pemain Utama Industri Semikonduktor Tahun 2021
- Kemas Kini WSA Windows 11 Tingkatkan Prestasi Cip AMD Dan Intel Sehingga 50% - Microsoft
- Intel Perkenalkan Generasi Cip Grafik Terbaru Intel Iris Xe MAX
- Intel Perkenalkan Cip Pemprosesan Generasi Ke-12, Alder Lake
- ASUS Zenbook 14 OLED Dengan Cip Intel Ultra Berkuasa AI Tiba Di Malaysia
- Ini Senarai Cip Pemprosesan Intel Dan AMD Yang Menyokong Sistem Operasi Windows 11