Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘INSTAX mini Evo’ Kini Dalam Warna Coklat Dan Pengecasan USB Type-C

‘INSTAX mini Evo’ Kini Dalam Warna Coklat Dan Pengecasan USB Type-C

Diterbitkan Julai 27, 2023 oleh ariff bukhari

FUJIFILM Malaysia mengumumkan pelancaran versi ‘Brown’ baharu ‘INSTAX mini Evo’ (mini Evo) untuk model utama siri kamera ‘INSTAX’.

Selain itu, untuk kesenangan pengguna, USB Type-C digunakan sebagai port pengecasan untuk kedua-dua versi ‘Brown‘ baharu dan ‘Black’ sedia ada.

Mini Evo adalah kamera segera hibrid yang menggabungkan teknologi digital dan menyokong ‘filem format mini’ bersaiz kad.

instax mini Evo Brown 3
instax mini Evo Brown 2
instax mini Evo Brown 1
Sarung kamera yang juga berwarna ‘Brown’ dihasilkan serentak untuk melengkapkan variasi warna baharu untuk badan kamera.

Ia mula dikeluarkan pada tahun 2021, dan menjadi sensasi sensasi global disebabkan keupayaan sifat hibrid analog dan digitalnya. Ia didatangkan dengan 10 efek kanta termasuk “Soft Focus” dan “Light Leak” serta 10 efek filem termasuklah “Monokrom” dan “Retro.”

Kedua-dua jenis efek ini boleh digabungkan secara bebas untuk mencipta 100 efek pengambilan gambar yang berbeza supaya pengguna dapat meluahkan emosi mereka melalui cetakan instax.

Aplikasi khusus boleh digunakan untuk menghubungkan kamera ke telefon pintar bagi pengguna mencetak imej yang diambil pada telefon pintar, dan menyimpan foto yang dicetak dengan Evo mini sebagai imej berbingkai instax dalam telefon pintar untuk perkongsian mudah di media sosial.

Kamera segera hibrid Instax mini Evo Brown / Black dengan USB- Type C dijual pada harga RM928.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • allo Mungkin Kurangkan Harga Langganan Pelan 100Mbps
  • Twitter Kini X Di Google Play Store

Sumber: Siaran media FUJIFILM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY