Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Featured Image_1

Instagram Nafi Dakwaan Data Lebih 17 Juta Akaun Bocor

Diterbitkan Januari 12, 2026 · Dikemas kini Januari 12, 2026 oleh Amalina Athman

Instagram memaklumkan isu yang membolehkan pihak tidak bertanggungjawab menghantar permintaan semula kata laluan secara besar-besaran telah diperbaiki. Syarikat itu turut menegaskan akaun pengguna masih selamat dan tiada sebarang penggodaman sistem berlaku.

We fixed an issue that let an external party request password reset emails for some people. There was no breach of our systems and your Instagram accounts are secure.

You can ignore those emails — sorry for any confusion.

— Instagram (@instagram) January 11, 2026

Memetik laporan BleepingComputer, isu kebocoran data itu timbul selepas Malwarebytes memberi amaran bahawa data daripada 17.5 juta akaun telah tertiris dan dikongsi secara percuma di forum penggodam.

Cybercriminals stole the sensitive information of 17.5 million Instagram accounts, including usernames, physical addresses, phone numbers, email addresses, and more. pic.twitter.com/LXvjjQ5VXL

— Malwarebytes (@Malwarebytes) January 9, 2026

Individu yang menyiarkan data itu mendakwa ia diperoleh melalui kebocoran API pada 2024, namun dakwaan ini belum disahkan.

Secara keseluruhan, data yang dikongsi melibatkan 17,017,213 profil akaun Instagram, termasuk nombor telefon, nama pengguna, nama penuh, alamat fizikal, alamat e-mel dan ID Instagram.

Sementara itu, penyelidik keselamatan siber di X pula mendakwa data berkenaan mungkin berasal daripada insiden pengikisan (data scraping) API pada 2022, tetapi tiada bukti jelas diberikan.

‼️ The Instagram data leak file was created on 2022-06-20 10:37:22 and shared via a cloud service on 2023-03-24.

Nevertheless, it remains interesting as it is now being widely distributed, with the public obtaining it for free for the first time. https://t.co/CsgM8HwLM0 pic.twitter.com/WQmoMPorUa

— International Cyber Digest (@IntCyberDigest) January 10, 2026

Sebelum ini, Instagram pernah mengalami insiden serupa pada 2017, termasuk pepijat yang dieksploitasi untuk mengikis dan menjual maklumat peribadi kira-kira 6 juta akaun.

Setakat ini, tiada bukti ia merupakan kebocoran baharu. Meta menegaskan tiada kompromi API pada 2022 atau 2024, dan penyelidik keselamatan belum menunjukkan bukti data ini diperoleh melalui kerentanan terkini.

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Instagram Perketat Tapisan Kandungan Untuk Remaja, Ikut Penarafan PG-13
  • Instagram Kini Benarkan Pengguna Tentukan Topik 'Reels' Yang Mahu Dilihat
  • Meta Beli Ejen AI Mampu Tapis, Rumuskan Resume Atau Bina Laman Web Analisis Saham
  • Meta Umum Guna Tenaga Nuklear Untuk Pusat Data AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY