Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Air

Dijangka MacBook Air Didatangkan Dengan Skrin Lebih Besar Dan Cip M2

Diterbitkan Disember 16, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Apple sedang merancang untuk melancarkan siri MacBook Air yang berukuran 15.5 inci serta beberapa perubahan untuk mengembangkan siri peranti tersebut.

Buat masa ini, Apple hanya menawarkan MacBook Air yang berukuran 13.6 inci sahaja. Ini merupakan perbezaan yang ketara daripada MacBook Pro di mana ia hadir dalam dua saiz.

Dengan adanya perubahan ini, keperluan pelanggan dapat dipuaskan dan mereka tidak perlu membeli siri MacBook Pro yang lebih mahal.

Versi MacBook Air yang baharu ini dijangka hadir dengan ciri-ciri yang sama sahaja. Tambahan pula, ia mungkin didatangkan dengan kamera web 1080p namun dijangka tidak mempunyai paparan mini-LED bersama teknologi ProMotion.

Komputer riba yang bakal hadir ini dijangka akan menggunakan cip M2 yang tidak tersedia dalam MacBook Air yang berukuran 13.6 inci.

Ini yang membezakan versi baharu MacBook Air dengan MacBook Pro di mana masih lagi menggunakan cip M1 Max.

Berkaitan

  • Apple Dijangka Lancar Set Kepala AR/VR Tahun 2023, Guna Sistem Operasi Baharu
  • Sokongan 5G Kini Hadir Untuk Pengguna iPhone Di Malaysia
  • iOS 16.2 Baik Pulih Lebih 30 Kerentanan Keselamatan, Disaran Kemas Kini Segera
  • Rasmi, Akhirnya Siri iPhone Ini Disenarai DNB Sokong 5G Malaysia
  • Sah, Apple Store Di Kuala Lumpur, Jawatan Kosong Kini Dibuka

Apple juga mengumumkan bahawa mereka akan menggeluarkan set kepala AR/VR pada tahun 2023. Jadi, pengguna dapat menjangkakan kepelbagaian produk yang dikeluarkan oleh Apple menjelang 2023 kelak.

Sumber: Digital Trends

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY