Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
insiden siber 2020

Insiden Jenayah Siber Di Malaysia Bagi Tahun 2020 Meningkat Berbanding 2019

Diterbitkan November 23, 2020 · Dikemas kini November 23, 2020 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada laporan statistik kes jenayah siber dalam tahun ini setakat bulan Oktober 2020 yang dikeluarkan oleh pihak Siber Sekuriti Malaysia, sebanyak 9,042 insiden keselamatan siber dicatatkan.

Jumlah itu adalah sedikit lebih tinggi bagi tempoh yang sama berbanding tahun lalu di mana hanya sebanyak 8,770 kes sahaja dicatatkan.

Daripada keseluruhan kes jenayah siber bagi tempoh itu, insiden yang melibatkan kes penipuan adalah paling tinggi dengan mencatatkan sebanyak 6,459 kes atau bersamaan dengan 71% dari keseluruhan kes.

Diikuti oleh kes pencerobohan yang mencatatkan 1,101 insiden dan insiden jenayah pengkodan jahat dengan 502 kes.

Selain itu, laporan yang melibatkan kes gangguan siber juga meningkat mendadak di mana setakat Oktober sahaja merekodkan sebanyak 499 kes.

Berbanding 2019 yang hanya merekodkan sebanyak 260 kes dari Januari hingga Disember.

siber security statistik
Sumber: MyCERT

Ini menunjukkan kesan pandemik COVID-19 pada tahun ini menyebabkan lebih ramai pengguna yang bergantung kepada teknologi internet lebih terdedah kepada risiko serangan siber.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY