“Harap hari esok lebih baik daripada hari ini”
Pasti ayat seperti itu kita sering dengar terutama apabila sedang mengembalikan semangat untuk bekerja. Namun, teknologi juga tidak terlepas dengan ayat tersebut.
Apa yang kita lihat pada hari ini sebenarnya hasil daripada individu yang menciptanya pada waktu dahulu. Malah, ia mengambil tempoh amat lama sebelum menjadi cemerlang hingga sekarang.
Oleh yang demikian, di sini kami senaraikan teknologi yang kita selalu guna dan sudah berevolusi menjadi lebih baik.
Kamera
Siapa sahaja yang tidak pernah menggunakan kamera bukan? Pada tahun 1900, kamera mudah alih pertama diperkenalkan yang bernama Reise Camera. Rekaannya ringan dan membuatkan ramai orang mahu keluar mengambil gambar atas faktor saiznya.
Bergerak ke tahun 1925, jenama terkenal Leica rasmi mempunyai Leica I yang boleh ambil gambar dengan format filem 35mm, format filem paling popular. Buat pengetahuan, Leica dibangunkan Ernst Leitz.
Pada tahun 1947, kamera Polaroid Model 95 dihasilkan. Kamera jenis ini adalah antara yang kita kerap lihat dalam filem-filem barat terutama yang mengambil latar masa zaman 40-an atau 50-an.
Kemudian, kamera digital Kodak adalah kamera digital pertama di dunia yang tercipta pada tahun 1975 oleh Steve Sasson. Bagaimanapun, kamera ini tidak tersedia buat umum sehinggalah tahun 1991.
Tahun 1986, muncul pula Fuji Quicksnap. Ia adalah kamera pakai buang (disposable camera) pertama di dunia. Rasanya pada sekarang, ramai mula berminat untuk menggunakan kamera sebegini semula.
Seterusnya, jenama Sharp memperkenalkan telefon J-SH04 pada tahun 2000 yang mana ia pertama seumpamanya mempunyai kamera yang mampu mengambil serta memproses gambar. Tanpanya, mungkin tiada kamera moden pada telefon pintar hari ini.
Akhir sekali, pada tahun 2007, Apple melancarkan iPhone generasi pertama. Tidak perlu diulas, anda sendiri tahu apakah terjadi selepas itu.
Televisyen (TV)
Pada awal 1920-an, John Logie Baird telah membuat demonstrasi televisyen pertama yang mana saiznya amat besar dengan skrin yang sangat kecil. Ia ibarat kotak besar bersaiz peti sejuk. Televisyen ini juga adalah TV mekanikal dimana terdapat cakera berputar di dalamnya.
Kemudian, 1936 seakan pada awal 1920-an, TV ini juga bersaiz besar, tetapi skrinnya tidaklah terlalu kecil. Pada era ini, ramai yang cuba untuk memilikinya walaupun harga yang sangat mahal.
Pada 1943, teknologi televisyen sudah semakin baik apabila saiznya lebih praktikal, mempunyai skrin lebih cantik dan pembesar suara lebih baik.
Beralih pada awal 1950-an, televisyen sudah makin popular. Reka bentuknya juga semakin kecil disebabkan teknologi berkembang yang kemudiannya TV dengan banyak butang kawalan juga wujud sekitar 1960. Pada 1965 pula, TV sudah hadir dengan paparan berwarna walaupun tidak begitu baik kualitinya.
Bergerak pantas ke awal 2000, rasanya pada saat ini sudah banyak keluarga mempunyai televisyen seperti ini dimana kualiti gambarnya cukup baik untuk ditonton.
Pada hari ini, teknologi yang berkembang menjadikan TV semakin besar semula tetapi bingkainya lebih nipis dan butang kawalan juga semakin sedikit.
Telefon
Rasanya ramai yang sudah mengetahui nama Alexander Graham Bell yang mencipta dan mempatenkan telefon. Jadi, kita terus ‘terbang’ ke tahun 1985 dimana Motorola DynaTAC adalah telefon mudah alih komersial pertama di dunia.
Pada tahun 1992, teks SMS pertama dihantar dan tahun berikutnya (1993), IBM memperkenalkan Simon. Ia adalah telefon pertama yang hadir dengan skrin boleh sentuh dan boleh menghantar serta menerima faks.
Seterusnya pada 1995, telefon selular pula membuat kemunculan ke arena teknologi dan tahu 1998, sebuah syarikat bernama Iridium yang juga mencipta telefon satelit pertama. Ia penting kepada teknologi telefon pintar moden pada hari ini.
Kita tiba era lebih moden, tahun 2003 dimana teknologi dikembangkan dimana panggilan telefon melalui protokol internet dapat dihasilkan. Seterusnya, iPhone generasi pertama dari Apple diumumkan kepada dunia dan tahun 2008, gedung dalam talian Android dan iTunes mula ditawarkan dalam telefon pintar.
Akhir sekali, arena telefon pintar semakin canggih. Banyak pengeluar yang berlumba-lumba memperlihatkan teknologi masing-masing. Dari kamera di bawah skrin, telefon lipat dan hinggalah ke telefon pintar boleh gulung.
Vakum
Mungkin ada yang menganggap penyedut hampagas atau vakum ini sesuatu teknologi amat baharu bagi menggantikan penyapu. Sebenarnya, vakum pertama telah tercipta pada 1906 yang digelar “Domestic Cyclone”. Ia menggunakan air untuk menapis habuk.
Pada satu ketika dahulu, vakum ini adalah barangan yang amat mewah dan hanya orang berada sahaja mampu membelinya.
Namun, kini vakum sudah mempunyai banyak variasi daripada yang murah hinggalah yang mewah.
Akan tetapi, seiring dengan peredaran zaman, vakum sudah makin pintar kerana manusia kini boleh membiarkannya bergerak secara sendiri untuk membersihkan rumah walaupun anda keluar bekerja.
Ia dinamakan sebagai vakum robotik.
Bercakap tentang vakum robotik, 360 Smart Life mempunyai sebuah produk yang sangat membantu anda agar memastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih. Produk tersebut adalah 360 Robot Vacuum Cleaner S10 (akan dipanggil S10 dalam perenggan seterusnya).
Terdapat beberapa perkara menarik tentang S10 ini. Bahkan, tidak hairan mengapa ia menjadi pilihan utama selebriti tempatan Elfira Loy.
Oleh itu, mari kita sama-sama mengetahui sebab-sebab utama mengapa anda perlu memilikinya sebuah di rumah.
Perkara penting apabila mahu membeli vakum sudah semestinya “power ke vakum ni?”. Ya, saiz S10 yang sebegini jangan dipandang rendah.
Ini kerana ia mempunyai daya sedutan sehingga 3300Pa. Maknanya, segala kotoran tidak kira apa jua permukaan boleh disedut oleh S10.
Anda juga boleh memilih empat mod yang ada – Quiet, Standard, Powerful dan juga Max mengikut kehendak anda. Bukan itu sahaja, S10 juga dilengkapi tangki air.
Tujuannya adalah untuk mengemop lantai rumah anda dan kadar titisan air pun boleh dilaras agar sesuai dengan permukaan lantai. Tak perlu khuatir, S10 ini cukup bijak untuk mengetahui permukaan mana yang boleh dimop atau tidak.
Selain itu, nama vakum robot bukan diberikan suka-suka. S10 dilengkapi sensor LiDAR terbina (pertama di pasaran) yang menjadi mata vakum ini supaya ia dapat mengelak halangan ketika sedang bekerja. *Jangan fikir hanya telefon pintar sahaja ada LiDAR*.
Dengan adanya laser LDS dan dua OLS, S10 boleh mengesan objek senipis 0.4 inci dan mengelak lebih daripada 100 objek halangan seperti kabel, bekas makanan kucing, selipar dan lain-lain.
Bukan itu sahaja, S10 juga mempunyai teknologi pengimbas dToF. Teknologi ini sama yang digunakan oleh NASA Mars Rover dan Apple. Dalam beberapa nano saat, ia dah dapat mengesan ruang sekeliling rumah anda dan menjadikannya sebagai peta.
Oleh itu, setiap sudut dan ruang rumah anda, S10 dapat mengesannya dengan baik agar kerja-kerja pembersihan dapat dibuat. Malah, ia juga boleh mengesan jika ia berada di atas karpet. Dengan itu, kuasa sedutan akan dinaikkan untuk menyedut habuk pada permukaan karpet.
Tambahan lagi, robot S10 ini boleh ‘dijinakkan’ kerana terdapat aplikasi yang boleh dipasang pada telefon pintar.
Aplikasi tersebut menawarkan kesemua akses, fungsi, penjadualan serta melihat peta yang sudah diimbasnya dengan begitu mudah.
Menarik bukan?
Jika anda tidak percaya robot vakum S10 ini jadi pilihan Eflira Loy, boleh tonton video dari beliau.
View this post on Instagram
Kalau suami Elfira memberi nama Mr Robi bagi S10 ini, anda juga boleh bagi nama untuknya dan hadiahkan kepada isteri atau ibu. Rumah bersih, rumah tangga pun bahagia.
Sekiranya anda berminat dengan 360 Robot Vacuum S10, anda boleh membelinya pada harga RM1899 melalui kedai dalam talian Shopee atau Lazada. Oleh itu, anda tidak lagi perlu pening kepala atau penat untuk membersihkan rumah.
**Artikel ini dibawakan oleh 360 Robot Vacuum