Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
android 13

Ini Spesifikasi Minimum Yang Diperlukan Telefon Pintar Untuk Menyokong Android 13

Diterbitkan September 12, 2022 oleh ariff bukhari

Google telah menaikkan spesifikasi minimum yang diperlukan untuk telefon pintar Android menyokong sistem operasi Android 13 yang baru sahaja dilancarkan.

Jika sebelum ini Google menetapkan spesifikasi minimum telefon pintar bagi menyokong sistem operasi Android adalah 1GB RAM, tetapi kini Google menaikkanya kepada 2GB RAM.

Berkaitan

  • Ini Senarai Telefon Pintar Samsung Yang Sudah Terima Ciri RAM Plus
  • Ini Senarai Telefon Pintar Android Yang Sudah Terima Naik Taraf Android 13 Setakat Ini
  • "TikToker" Ini Gesa Berbilion Pengguna Telefon Pintar Android Mematikan Ciri Ini Dengan Segera

Ini bermakna, mana-mana telefon pintar Android yang dilengkapi dengan RAM 1GB sahaja yang menggunakan sistem Android 12 ketika ini tidak lagi boleh dinaik taraf kepada Android 13.

Malah saiz storan minimum yang diperlukan peranti juga dilaporkan ditingkatkan kepada 16GB.

Perkara ini didedahkan Pakar Produk Google  Jason Bayton baru-baru ini.

From #Android13, new devices with less than 2GB RAM cannot preload GMS. Any new Go devices must have at least 16GB storage.

Devices not meeting these requirements today on 12 must not upgrade to 13.

🤯

— Jason Bayton (@JasonBayton) September 7, 2022

android requirement

Android 13 yang telah dilancarkan Google baru-baru ini buat masa ini hanya ditawarkan untuk barisan model telefon pintar Pixel sahaja.

Jenama-jenama telefon pintar Android yang lain seperti Samsung Galaxy, Asus, Nokia, Motorola, OnePlus, Oppo, Realme, Vivo,  Xiaomi dan lain-lain akan terima naik taraf tersebut secara berperingkat.

Sumber: googleblog.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY