Ini Senarai Harga Diskaun Sempena Huawei PC Carnival Week

Selain daripada mengadakan acara Huawei APAC Autumn Product Launch, Huawei akan turut mengadakan Huawei PC Carnival Week. Ketika karnival ini, Huawei akan memberikan tawaran untuk produk komputer riba mereka akan berlangsung dari 25 Oktober hingga 31 Oktober 2021.

Dengan setiap pembelian, pembeli mempunyai peluang untuk menerima potongan sehingga 20% dan barangan percuma yang bernilai hingga RM806.



Huawei MateBook D14 merupakan komputer riba dengan harga mampu milik yang mampu memberikan penggunaan harian yang mencukupi sehingga 13 jam. Peranti ini juga mudah untuk dibawa kemana-mana kerana hanya mempunyai berat 1.38kg. Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Intel Core Gen 10.



Huawei MateBook D15 pula sesuai bagi yang mencari komputer riba yang mampu melakukan pelbagai tugas serentak terutamanya pelajar. Peranti ini didatangkan dengan 2 varian iaitu yang dikuasakan dengan cip pemprosesan Intel Core Gen 10 dan cip pemprosesan Intel Core Gen 11. Fungsi pengimbas cap jari juga terdapat pada peranti ini membuatkan pengguna mudah untuk mengakses komputer riba mereka.



Huawei MateBook 14 adalah peranti berkuasa yang sesuai untuk ahli perniagaan. Dikuasakan dengan cip pemprosesan AMD, pengguna dapat melakukan kerja urusniaga mereka di mana-mana sahaja. Dengan pengecasan 65W USB-C, ia mampu menjimatkan masa pengecasan.

Huawei MateStation S adalah komputer kompak yang dikuasakan dengan AMD Ryzen 5 4600G. Oleh itu, ia sangat sesuai bagi mereka yang tidak minat untuk menggunakan komputer riba. Huawei MateStation S ini akan turut datang dengan paparan 23.8 inci FHD.

Berikut adalah harga bagi peranti-peranti tersebut:

  • HUAWEI MateBook D14 2021 Intel i3 10 th (8+256GB) - RM2,299 RM2,699

  • HUAWEI MateBook D15 i5 10 th (8+512GB) - RM2,999

  • HUAWEI MateBook D15 i5 11 th (8+512GB) - RM3,699

  • HUAWEI MateBook 14 2021 Q3 AMD R5 4000X (8+512GB) - RM3799 RM3999

  • HUAWEI MateStation S + HUAWEI Display 23.8 AD80 Bundle - RM2,899 RM3,176


Jika berminat untuk membeli produk ini, anda boleh membeli terus di kedai atas talian HUAWEI, atau boleh juga ke laman rasmi Shopee atau Lazada Huawei.

Sumber: Siaran Akhbar Huawei

Baca juga: