Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kereta pelesit

Ada Pemandu Bawa Macam Pelesit? Ini Cara ‘Report’ Kesalahan Trafik

Diterbitkan Mei 1, 2022 · Dikemas kini Mac 29, 2024 oleh Amsyar Latif

Beberapa hari semalam, jalan raya sudah mula sesak yang mana ramai tidak sabar pulang ke kampung halaman. Yalah, rasanya rata-rata dalam kalangan kita sudah mengambil cuti sehingga seminggu untuk menyambut Aidilfitri di samping bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga.

Namun, di saat kemeriahan ini, ada juga beberapa pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri. Ibarat dia sahaja yang mempunyai kampung halaman.

Misalnya, ada pemandu yang mengikut rapat atau bahasa lain “cucuk” belakang. Ada juga seperti video yang dikongsikan di Twitter apabila sebuah kereta yang ‘mencilok’ umpama tiada hari esok.

Perbuatan sebegitu membahayakan pengguna jalan raya. Silap-silap, beraya di hospital.

Bagi anda yang pemandu berhemah, jangan risau, ini cara untuk membuat laporan kesalahan trafik.

Pertama, aduan perlu dihantar kepada emel [email protected]

Kedua, masukkan butiran pengadu seperti:

  • nama penuh
  • nombor kad pengenalan
  • nombor telefon
  • alamat surat menyurat

Ketiga, sertakan butiran kesalahan sebagai bukti bersama maklumat:

  • laporan ringkas aduan
  • tarikh/masa
  • jenis kenderaan
  • tempat kejadian
  • salinan foto, video atau dokumen berkaitan

Di sini, video daripada kamera papan pemuka (dashcam) atau sebarang video yang anda rakam (dari tempat penumpang) boleh menjadi bukti yang kuat.

Seterusnya, pihak JPJ akan mengeluarkan Notis 114 yang mana ia notis temus siasat pada pemilik kenderaan bagi memberi keterangan lanjut berhubung kesalahan yang dilakukan.

lapor kesalahan trafik

Akhir sekali, sekiranya didapati bersalah, Notis PP2 (notis saman) akan dikeluarkan kepada pesalah kesalahan trafik.

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, ini antara kesalahan trafik yang boleh dilaporkan:

  • Menyalahgunakan lorong kecemasan (namun, ada 18 lokasi smartlane yang diaktifkan, rujuk SINI)
  • Mengekori kenderaan lain terlalu rapat
  • Memotong barisan

Oleh yang demikian, berhati-hatilah di jalan raya ketika musim perayaan ini. Ingatlah orang yang tersayang. Sekiranya anda baru sahaja mahu bergerak pulang, hati-hati dan semoga selamat sampai ke destinasi.

Selamat hari raya.

Foto utama: twitter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY