Ini Sebab Kenapa Siri Mi 10T Tidak Dilengkapi Paparan OLED

Xiaomi Malaysia telah pun melancarkan model terbaru siri telefon pintar Mi 10T dan Mi 10T Pro untuk pasaran tempatan.

Harganya pula yang dijual pada harga RM1,999.00 bagi model Mi 10T Pro dan RM1,699.00 bagi model Mi 10T amat menyenangkan peminat yang menunggu-nunggu siri ini dibawa masuk ke Malaysia.

Walaubagaimanapun, mungkin sebahagian dari peminat berasa sedikit kecewa kerana kedua-dua model ini tidak dilengkapi dengan paparan OLED. Sebaliknya hanya menggunakan paparan LCD sahaja.



Namun begitu, pihak Xiaomi mempunyai alasannya tersendiri mengapa mereka memilih LCD berbanding OLED.

Menurut Hoang Desjarlais, Pengurus Kanan Pemasaran Produk merangkap Jurucakap Global Xiaomi, beliau menjelaskan pemilihan paparan LCD bagi siri Mi 10T bukanlah semata-mata kerana faktor harga sahaja.

Tetapi juga ia ada kaitan dengan kaji selidik yang mereka lakukan. Hoang Desjarlais mendakwa, 10% daripada populasi pengguna telefon pintar berdepan dengan isu paparan OLED.

Jadi adalah lebih baik mereka menggunakan paparan LCD terbaik pada siri Mi 10T.

"It is better to have a high-quality LCD, the best of the best LCD, versus a middling sort of AMOLED. There are issues with AMOLED and certain peoples’ eyes - I think it’s like 10% of the population, when looking at an AMOLED display, experience very heavy eyestrain." Hoang Desjarlais menjelaskannnya pada laman Tech Radar.

Melihat kembali pada spesifikasi paparan LCD Mi 10T dan Mi 10T Pro, ia dilengkapi dengan paparan IPS LCD bersaiz 6.67 inci dengan kadar segar semula 144Hz.

Kuasa pemprosesannya pula dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 865, bateri berkapasiti 5000mAh dan menyokong rangkaian 5G.

Mi 10T dan Mi 10T Pro sudah mula dijual di atas talian menerusi Lazada sejak 9 Oktober lalu.

Berkaitan