Jerayawara Mi 10T Pro Dibatalkan, Tetapi Anda Masih Boleh Dapatkan Mi TV 4S 55" Secara Percuma

Berikutan keadaan semasa COVID-19 di Malaysia, Xiaomi telah mengesahkan Mi 10T Pro First Sales Roadshow yang akan diadakan di Sunway Pyramid, 1 Utama, Gurney Mall (Pulau Pinang) dan Paradigm Mall (Johor Bharu) pada 9-11 Oktober 2020 telah dibatalkan.



Bagi menggantikan sesi jerayawara jualan pertama ini, ianya akan diadakan secara dalam talian di Lazada melalui Xiaomi Store, Vivid Concepts, DirectD dan Urban Republic pada 9 Oktober 2020.

jualan Lazada Mi 10T Pro

Melalui jualan di Lazada, setiap 500 pembelian terawal Mi 10T Pro akan menerima Mi TV 4S 55" secara percuma. Bagi 650 pelanggan seterusnya pula akan mendapat Mi True Wireless Earphone 2 Basic.

Selain itu, anda juga berpeluang memenangi Mi TV 4S 55" dengan meninggalkan ulasan terbaik di Lazada Store.

Dalam pada itu, Xiaomi turut menyatakan, ruang pameran di Sunway Pyramid masih akan dibuka kepada orang ramai dengan mengikut langkah pencegahan dan garis panduan SOP yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, ianya boleh dilihat melalui FAQ.

Beli Mi 10T di Lazada pada 9 Oktober melalui:
Xiaomi Flagship Store - https://invol.co/cl1etgf
Vivid Concepts - https://invol.co/cl1etgo
Urban Republic - https://invol.co/cl1etgu
DirectD - https://invol.co/cl1eth4