Ini Sebab Kenapa Kata Laluan Anda Perlu Sekurang-Kurangnya Mengandungi 8 Aksara Berbeza

Penyelidik keselamatan dari Hive Systems telah mengeluarkan laporan khusus bagi menerangkan mengapa pengguna perlu menetapkan kata laluan yang mereka gunakan sekurang-kurangnya sebanyak 8 aksara.

Penyelidik menjelaskan, sebab utama penetapan 8 aksara adalah bagi melindungi data sulit pengguna daripada mudah digodam.

Penyelidik menyatakan, penggodaman mudah berlaku sekiranya pengguna hanya menetapkan antara 4 hingga 11 aksara bernombor.

Jika penggunaan sebanyak 4 hingga 8 aksara berhuruf kecil sahaja pula, penggodam juga dengan mudah boleh menggodam akaun pengguna.

Begitu juga sekiranya kata laluan anda itu hanya mengandungi antara 4 hingga 6 aksara yang terdiri daripada nombor, huruf kecil dan simbol, ia juga sangat mudah digodam.

Tetapi sekiranya tetapan kata laluan pengguna itu mengandungi sebanyak 18 aksara yang berbeza terdiri daripada nombor, huruf kecil, huruf besar dan simbol, penggodam perlukan masa sehingga 438 trilion tahun untuk akaun pengguna tersebut.

Oleh itu sebagai cadangan, penyelidik mengesyorkan pengguna untuk sekurang-kurangnya menetapkan kata laluan mereka sebanyak 8 aksara yang berbeza terdiri daripada nombor, huruf kecil, huruf besar dan simbol.

Penggodam memerlukan masa sekitar 39 minit untuk menggodam akaun anda.

Tetapi jika mahu lebih selamat, sebaiknya anda tetapkan sahaja kata laluan anda sehingga 11 aksara yang berbeza terdiri daripada nombor, huruf kecil, huruf besar dan simbol.

Penggodam memerlukan masa sehingga 32 tahun sebelum mereka dapat menggodam akaun anda jika tetapan kata laluan anda sebegitu.

Anda boleh melihat carta yang disediakan Hive Systems bagi memahami kepentingan tetapan kata laluan yang mengandungi pelbagai aksara.



Sumber: Hive Systems

Baca juga:

Berkaitan