Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Beli OnePlus Nord

Umum mengetahui, OnePlus terkenal dengan pembuatan peranti yang direka dengan binaan kualiti premium serta perkakasan yang berprestasi tinggi. Setelah 6 tahun memfokuskan kepada pembuatan peranti mercu, OnePlus Nord hadir dengan membawakan DNA yang sama seperti OnePlus pada harga lebih berpatutan.

Di Malaysia, OnePlus Nord telahpun diperkenal secara rasmi menerusi penstriman langsung pada 18 Ogos lalu. Sebelum memutuskan untuk membeli OnePlus Nord, di bawah ini kami senaraikan beberapa perkara yang perlu anda tahu mengenai OnePlus Nord.

Kenapa Nord?




Nord, diilhamkan dari perkataan North atau utara. Menurut OnePlus, ia merupakan perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan perjalanan baru OnePlus dalam menghasilkan segmen peranti untuk kelas pertengahan.

Cip Snapdragon 765G


OnePlus Nord dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 765G. Dengan menggunakan Snapdragon 765G, ia secara tidak langsung menyokong rangkaian 5G. Walaupun rangkaian 5G masih belum tersedia, adalah persediaan awal untuk memiliki sebuah peranti dengan penawaran rangkaian 5G.

Ini kerana, apabila rangkaian 5G sudah mula tersedia kelak, anda tidak lagi perlu mencari peranti baharu untuk menerima sokongan 5G.



Menerusi cip pemproses ini juga, ia mempunyai kelajuan grafik 30% lebih pantas berbanding pendahulunya, Snapdragon 730G. AI Engine yang khusus pula membantu untuk menyampaikan prestasi puncak semasa bermain permainan video. Meneruskan legasi peranti OnePlus, Nord turut menyokong kadar segar semula 90Hz

Dalam erti kata lain, Nord adalah peranti yang pantas. Mungkin sepantas naga?

Kamera Flagship




Bagi sebuah peranti kelas pertengahan, Nord dilengkapi dengan kamera flagship. Sama seperti OnePlus 8, peranti ini dimuatkan dengan sensor 48MP Sony IMX586 untuk kamera utama. Sementara tiga lagi lensa terdiri daripada 8MP sudut lebar, 5MP depth dan 2MP makro.

Di bahagian hadapan pula dilengkapi dengan rekaan kamera berlubang dua lensa dengan 32MP utama dan 8MP sudut lebar. Bagi menjadikan gambar pada waktu malam lebih baik, ia turut menyokong mod Nightscape.

Warp Charge 30T




Seperti peranti mercu OnePlus, Nord turut menyokong pengecasan ikonik 30W Warp Charge 30T. Menerusi pengecasan pantas ini, ia mampu mengisi 70% bateri berkapasiti 4100mAh dalam masa 30minit.

Ia juga secara konsisten mampu mengekalkan suhu peranti serta kelajuan pengecasan walaupun dalam masa yang sama anda menggunakan peranti untuk bermain permainan video.

Terima kemas kini lebih lama


OnePlus kebiasaannya menawarkan kemas kini perisian selama 2 tahun dan 3 tahun untuk kemas kini keselamatan. Sama seperti peranti mercu OnePlus, Nord juga ditawarkan dengan sokongan kemas kini tersebut.

Hadir Dengan Infinite Joy Bundle


Untuk pasaran Malaysia, OnePlus Nord ditawarkan dengan dua pilihan varian iaitu 8GB/128GB dan 12GB+256GB. Bagi varian 8GB/128GB, ia dijual pada harga RM1,799. Jualan dalam talian telahpun bermula pada 18 Ogos yang lalu menerusi Shopee. Ia juga boleh didapati melalui pengedar sah OnePlus bermula 22 Ogos.



Menariknya bagi varian RAM 12GB+256GB, peranti ini dijual secara bundle atau disebut sebagai OnePlus Nord Infinite Joy Bundle. Pada harga RM2,399, anda akan turut menerima OnePlus Buds, iaitu fon telinga True Wireless Stereo (TWS) pertama dari OnePlus. OnePlus Nord Infinite Joy Bundle boleh didapatkan menerusi Shopee bermula 25 Ogos ini.

Artikel ini dibawakan oleh OnePlus Malaysia.