Persoalan sekiranya platform terbesar ini menamatkan perkhidmatan mereka mungkin menimbulkan keresahan kepada sebahagian pengguna. Tetapi, sebahagian yang lain mungkin merasa sebaliknya kerana Facebook sedia dikaitkan dengan pelbagai isu seperti privasi, sekuriti, penyebaran berita palsu dan sebagainya.
Jika ditanya kepada pengasasnya sendiri, Mark Zuckerberg mungkin tidak mempunyai perancangan untuk menamatkan perkhidmatan media sosial terbesarnya itu. Tahun lalu, beliau juga ada mengumumkan visi syarikatnya akan mencakupi kepada pembangunan rangkaian sosial yang memfokuskan kepada privasi.
Namun, persoalan itu mendapat pelbagai pandangan dari pakar-pakar diluar sana yang diperolehi dari temubual oleh laman Gizmodo.
*Pandangan penuh dari pakar-pakar dibawah boleh dirujuk di Gizmodo
Roger McNamee

"Sekiranya Zuck menyingkirkan Facebook dan Instagram, saya secara peribadi akan mencalonkannya untuk Hadiah Nobel Perdamaian. Sekarang, ini seperti memberi penghargaan kepada orang yang membakar diri kerana memadamkan api mereka sendiri - tetapi saya bersedia membuat pengecualian."
Jenny Radesky

"Pertama, orang akan menyedari betapa baik mereka tanpanya (Facebook)."
Inge Graef

"...tidak jelas bahawa penutupan rangkaian sosial secara tiba-tiba akan memberi manfaat kepada kita sebagai masyarakat. Persoalan utamanya adalah apa yang akan menggantikan Facebook, dan khususnya apa yang akan berlaku dengan aset Facebook yang paling berharga, iaitu data yang dimilikinya."
Pierre Berthon danTamara Rabinovich

"Facebook mencipta 'keperluan' baru dan menamatkannya hanya membuka peluang pasaran."
Julia Brailovskaia

"Sekiranya Mark Zuckerberg secara tiba-tiba memadam Facebook, ramai orang di seluruh dunia akan merasa kesunyian. Mereka mungkin tidak tahu bagaimana menguruskan interaksi harian, cara berkomunikasi dengan rakan dan bagaimana mendapatkan berita."
Mark Griffiths

"...jika platform media sosial lain tidak menyediakan jenis fungsi yang sama seperti Facebook dan tidak memenuhi keperluan dan kepuasan yang kini dilakukan oleh Facebook, maka platform media sosial lain akan berkembang atau dibuat dari awal oleh orang lain untuk mengisi kekosongan."
Untuk pandangan lebih lanjut dari pakar-pakar ini, boleh lawati laman Gizmodo.
Berkaitan
- Facebook Uji Fungsi Tarik Balik Mesej Pada Messenger
- Isu Facebook Akses Kamera iOS Tanpa Disedari Telah Diatasi Dengan Kemaskini Terbaru
- Sebelum Diambil Alih Oleh Facebook, Whatsapp Hampir Dibeli Syarikat Dari China
- SKMM Keluarkan Kenyataan Terbaru Mengenai Insiden 50 Juta Facebook Digodam
- Aplikasi Facebook Sudah Lepas 5 Bilion Pemasangan Pada Peranti Android
- Facebook Untuk iOS Dilapor Membuka Kamera Tanpa Izin Pengguna
- Facebook Bangunkan Ciri FaceID Untuk Aplikasi Messenger
- Telefon Satu Kamera Kini Sudah Boleh Merakam 3D Photo Facebook
- Salah Seorang Pengasas Apple Saran Orang Ramai Supaya Berhenti Menggunakan Facebook
- WhatsApp, Facebook Dan Instagram Alami Masalah Akses