Namun ketika pengumuman itu, Xiaomi tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai spesifikasi lain yang akan dibawa model itu. Perkembangan terbaru, spesifikasi Mi 10 mula tersebar di internet yang mana ia memberi sedikit informasi kepada peminat yang tertanya-tanya.
Berdasarkan sumber awal, ia akan ditawarkan dengan dua model iaitu Mi 10 dan Mi 10 Pro. Di mulakan dengan Mi 10, telefon pintar ini bakal dilengkapi dengan skrin paparan OLED 6.5 inci beserta kadar penyegaran 90Hz. Belum dapat dipastikan sama ada ia akan menampilkan rekaan takuk ataupun tidak.
Panel belakang pula dikatakan akan dibarisi dengan sistem kuad kamera diketuai Sony IMX 686 64MP, 20MP ultra lebar, 12MP telefoto dan kamera 5MP (makro atau kedalaman). Tetapan kamera model ini dipercayai mempunyai kemampuan zoom digital 30x.
Bahagian storan pula akan ditawarkan dengan beberapa pilihan konfigurasi memori iaitu RAM 8GB/128GB, RAM 8GB/256GB dan RAM12GB/256GB. Bagi janaan kuasa pula, bateri berkapasiti 4500mAh akan digunakan bersama-sama pengecasan pantas 40w. Sementara itu, berkemungkinan juga ia hadir dengan pengecasan pantas tanpa wayar 30W serta pengecasan berbalik 10W. Spesifikasi lain yang turut disebutkan adlaah mod dwi 5G dan NFC.
Versi Pro pula tidak didatangkan dengan maklumat yang lebih terperinci untuk panel paparan. Namun dibahagian belakang masih memperlihatkan sistem kuad kamera tetapi dengan sensor yang berbeza. Kamera utama akan diberikan pada 108MP, diikuti kamera 48MP, 12MP dan 8MP.
Pilihan memori yang dinyatakan lebih tinggi berbanding model Mi 10. Ia menyenaraikan RAM 12GB dengan gandingan storan 128GB, 256GB atau 512GB. Kapasiti sama turut dilihat pada spesifikasi Mi 10 Pro iaitu 4500mAh, tetapi mungkin hadir dengan pengecasan lebih berkuasa, 66W dan 40W bagi pengecasan tanpa wayar.
Ramalan harga bagi Mi 10 diletakkan sekitar 3999 yuan (~RM2347) sementara Mi 10 Pro pula antara 3799 yuan (~RM2230) sehingga 4499 (~RM2640). Perlu diingatkan bahawa spesifikasi yang disebarkan ini bukanlah perkongsian dari syarikat pengeluar. Untuk maklumat lanjut dan lebih sahih, sama-sama kita nantikan pengumuman daripada Xiaomi.
Sumber: Weibo via GizmoChina
Berkaitan
- Penjual Tempatan Khabarkan Mi 9T Pro Bakal Tiba Tidak Lama Lagi
- Xiaomi Dan IKEA Hadirkan Meja Dengan Pengecasan Tanpa Wayar 20W
- Xiaomi Perkenal Powerbank Dengan Kapasiti 30,000mAh
- Dapat 100GB Percuma Jika Tambah Nilai Kredit Xpax Kali Pertama Dari Aplikasi Celcom Life
- Garmin Instinct® Esports Edition Boleh Dibeli Pada Harga RM1399
- Facebook, Twitter, Microsoft, Dan Youtube Cipta Pangkalan Data "Kandungan Pengganas"
- Selain Mi 6, Xiaomi Akan Umumkan Produk Baru Yang Lain
- Xiaomi Memberi Bayangan Tentang Power Bank Beserta Port USB Type-C
- Bocoran Harga Huawei P30 Dan P30 Pro Untuk Pasaran Eropah
- Level 51 Umum Tiga Komputer Riba Gaming