Ini Mungkin Rekaan Dan Spesifikasi realme GT Master Edition

Pertengahan bulan Jun lalu, realme secara rasminya telah melancarkan telefon pintar realme GT 5G ke pasaran global. Baru-baru ini, muncul pula rekaan render untuk edisi terbaru telefon pintar tersebut.

realme GT Master Edition tampil dengan sedikit perubahan rekaan dan spesifikasi dalaman yang rendah sedikit daripada edisi asalnya.

Berdasarkan render yang dibocor, telefon ini hadir dalam tiga kemasan iaitu warna putih dan hitam dengan sentuhan matt. Manakala yang satu lagi mempunyai kemasan kulit dengan corak garisan unik.



Manakala cip janaannya diturunkan kepada Snapdragon 778 dan bateri kepada 4,300mAh. Selain daripada itu, ia masih mempunyai memori, storan, paparan, dan kadar penyegaran yang sama.

Bahagian kamera pula, ia dipasang dengan sistem kamera tiga kali ganda yang sama iaitu 64MP sensor utama, 8MP ultra-lebar, dan 2MP sensor depth.



Tanda harga untuk realme GT Master Edition ini dijangka bermula pada €399 (~RM1,962) untuk pilihan 8GB/256GB dan €449 (~RM2,208) untuk varian 12GB/256GB.

Secara keseluruhan, edisi terbaru ini adalah model yang lebih murah dengan spesifikasi yang rendah sedikit. Tetapi rekaannya boleh dikatakan lebih kemas dan simple.

Sumber: 91mobiles

Baca juga - POCO F3 GT Dijangka Akan Dilancarkan Pada Awal Ogos Ini

Baca juga - realme Dilapor Kerjasama Dengan Kodak Untuk Telefon 'Flagship' Baharu