Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Konsep iPhone 13 Mini

Mungkin Ini Adalah Rekaan Bagi iPhone 13 Mini

Diterbitkan April 16, 2021 oleh Amsyar Latif

Kali terakhir telefon pintar bersaiz kecil dikeluarkan adalah sekitar 10 tahun yang lalu. Kemudian, kebanyakan peranti yang hadir di pasaran bersaiz besar.

Pada tahun 2020, Apple telah merealisasikan impian ramai orang dimana mereka membawakan telefon yang bersaiz kecil tetapi skrin penuh menerusi iPhone 12 mini.

Terbaru, rekaan bagi peranti baharu yang mungkin dinamakan iPhone 13 mini telah bocor di arena web.

iPhone 13 renders 1

Berdasarkan imej komputer yang didedahkan, takuk pada peranti ini lebih kecik berbanding tahun lalu. Malah, susunan kamera belakangnya juga berubah.

Tambahan lagi, menurut Ming-Chi Kuo, hanya iPhone 13 ke atas sahaja yang akan menerima paparan LTPO dengan kadar penyegaran 120Hz.

iPhone 13 renders 2

Dalam pada itu, mungkin ini adalah tahun terakhir siri iPhone mini akan dikeluarkan kerana jualan bagi peranti ini tidak mencapai seperti yang diharapkan.

Kami berpendapat, faktor bateri yang menjadikannya tidak digemari ramai kerana telefon Android yang lain sudah dimuatkan bateri yang sangat besar.

Sumber: gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY