Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Kenyataan Rasmi Pejabat Perdana Menteri Berkaitan Akaun Telegram Dan Signal Perdana Menteri Digodam

Ini Kenyataan Rasmi Pejabat Perdana Menteri Berkaitan Akaun Telegram Dan Signal Perdana Menteri Digodam

Diterbitkan Ogos 9, 2022 · Dikemas kini Ogos 9, 2022 oleh ariff bukhari

Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah respon dengan mengeluarkan kenyataan rasmi tentang insiden penggodaman yang berlaku ke atas akaun rasmi Telegram dan Signal Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

PMO menyatakan, insiden itu telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan siasatan terperinci.

Ekoran itu, PMO menasihatkan mana-mana individu yang menerima mesej daripada akaun tersebut untuk mengabaikannya kerana ia adalah mesej palsu yang menyaar sebagai Perdana Menteri.

Berkaitan

  • 4 Cara Mudah Mempertingkatkan Signal WiFi
  • 5 sebab kenapa KENA guna TELEGRAM
  • 21 Juta Data Pengguna VPN Bocor Menerusi Grup Telegram

Petang semalam menerusi akaun rasmi Twitter, Perdana Menteri memaklumkan bahawa akaun Telegram miliknya telah digodam.

Perhatian: Akaun Telegram peribadi saya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab. Mohon laporkan kepada pihak berkuasa dan abaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan.

— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) August 8, 2022

Tetapi pada hari yang sama juga iaitu di sebelah malamnya pula, Menteri Luar Negeri Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut memaklumkan bahawa akaun Telegramnya juga telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Akaun Telegram saya telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan nama dan gambar saya melalui aplikasi tersebut.

Sesiapa yang menerima sebarang mesej daripada Telegram dinasihati abaikannya dan laporkan kepada pihak berkuasa.

— Saifuddin Abdullah 🇲🇾 (@saifuddinabd) August 8, 2022

Sumber: Pejabat Perdana Menteri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY