Ini Adalah Telefon Pintar Pertama Dengan CPU Cecah Kelajuan 1GHz


CPU atau secara ringkasnya cip pemprosesan merupakan perkakas yang bertindak sebagai otak kepada alat elektronik.





Dalam kes telefon pintar, semakin lama, mereka semakin bijak untuk menyelesaikan masalah dan melakukan pelbagai kerja.





Disebabkan itulah tahun demi tahun, CPU dan cip pemprosesan semakin berevolusi dan menjadi semakin pantas.





Sehingga kini, Snapdragon 865+ telah menjadi cip pemprosesan pertama yang mencecah kelajuan 3GHz.


Qualcomm Snapdragon 865 Plus 5G Mobile Platform | Latest 5G ...





Namun tahukah anda, telefon dan cip apakah yang pertama berjaya mencecah kelajuan CPU 1GHz?





Telefon Pintar Pertama Yang Mencecah Kelajuan CPU 1GHz





Pada tahun 2009, ketika ini dunia mula memasuki era telefon pintar yang tumbuh bagaikan cendawan akibat dari pengenalan iPhone pada tahun 2007.





Pada tahun ini juga, Android baru sahaja menyambut ulang tahun pertama kelahiran sulung telefon pintar pertama dengan Android iaitu HTC Dream.





Julai 2009, Toshiba melancarkan Toshiba TG01, sebuah telefon pintar yang mempunyai skrin sebesar 4.1 inci.


Toshiba TG01 specs, review, release date - PhonesData





Pada ketika ini, skrin ini dianggap agak besar kerana rata-rata model telefon pintar hanya hadir dengan skrin sekitar 3 inci sahaja termasuklah iPhone.





Justeru, Toshiba memasarkan model TG01 ini sebagai telefon pintar dengan skrin besar. Menariknya ia hadir dengan sistem perisian Windows Mobile dari Microsoft dan bukannya Android seperti jenama-jenama lain.


Cip Snapdragon QSD8250 Dari Qualcomm


Toshiba TG01 dijana oleh cip Snapdragon QSD8250 yang pada ketika itu merupakan cip pertama untuk telefon pintar yang hadir dengan kelajuan mencecah 1GHz.


Berkas:HTC Desire - main board - Qualcomm QSD8250-2.jpg ...


Rata-rata jenama pesaing pada ketika itu seperti Samsung, LG, HTC, dan lain-lain menggunakan cip pemprosesan dengan kelajuan sekitar 500MHz.


Cip Snapdragon QSD8250 pada ketika itu mampu menyokong sehingga skrin resolusi 720p, grafik 3D, dan juga kamera sehingga 12MP.


Lebih Pantas Dari Kebanyakan Telefon Pintar Pada Ketika Itu


Dengan cip QSD8250, ia adalah 2 kali ganda lebih pantas berbanding kebanyakan telefon Windows yang wujud pada ketika itu.


Memori telefonnya juga lebih besar dengan 245MB RAM, sesuai untuk menjalankan sistem perisian Windows Mobile.


Skrin 4.1 incinya adalah beresolusi 400x800 pixel dan mempunyai kamera belakang tunggal 3.2MP.


Toshiba TG01 review


Walaupun pada tahun 2009 sudah terdapat banyak telefon dengan skrin sentuh yang bagus, Toshiba TG01 berjaya menarik minat pembeli dengan cip pemprosesan yang pantas dan juga skrin yang besar.


Walau bagaimanapun, sistem operasi Windows Mobile yang dijalankan oleh Toshiba TG01 diibaratkan tidak mampu bersaing dengan sistem perisian dari Android dan iOS.


Toshiba TG01 - Kenmerken - Tweakers


Sudahnya, cip pemprosesan 1GHz yang laju itu, tidak mampu digunakan sepenuhnya disebabkan sistem perisian yang membantutkan kemampuannya.