Ini Adalah Imej Matahari Dalam Resolusi Tertinggi Yang Pernah Diambil Setakat Ini

Imej matahari ini diambil menerusi teleskop terbesar di dunia yang terletak di Maui, Hawaii.


Teleskop solar terbesar di dunia, Daniel K. Inouye (DKIST) yang terletak di Maui, Hawaii telah berjaya mengambil foto matahari dalam resolusi tertinggi yang pernah diambil setakat ini.

Imej tersebut menunjukkan, setiap sel di atas permukaan matahari itu secara kasar saiznya adalah bersamaan dengan sebuah negeri Texas, A.S.

We have now seen the smallest details on the largest object in our solar system” Thomas Rimmele, Pengarah DKIST.

Kapsyen: Resolusi imej yang diambil DKIST pula adalah sekitar 18.5 batu (30 kilometers). Ia adalah 5 kali ganda lebih tinggi berbanding Teleskop solar Richard B. Dunn yang terletak di New Mexico.


Teleskop solar Daniel K. Inouye yang terletak di Maui, Hawaii itu baru sahaja dibuka dalam tahun 2019 lalu. Ia terletak pada ketinggian lebih daripada 3,000 meter dari aras laut.

DKIST direka secara khusus bagi mengambil ukuran tepat medan magnetik matahari melepasi aras corona matahari bagi menjawab persoalan-persoalan misteri sains seperti mengapa corona berjuta kali darjah lebih panas berbanding permukaan matahari.

Kapsyen: Kredit: Nasa


Melihat terus kepada matahari pula akan boleh menyebabkan teleskop itu cair dengan segera. Jadi, bagi menyejukkan teleskop gergasi itu, ia dilengkapi dengan sistem paip penyejukkan sepanjang 7.5 batu serta sebuah tangki sebesar kolam renang yang dipenuhi dengan ais.

https://www.youtube.com/watch?v=YTY9LhSNyMI&feature=youtu.be

Sumber: MIT Technology Review