Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ninja Van

‘Influencers’ Pengaruhi 91% ‘E-shopaholics’ Beli Sesuatu Barangan Dalam Talian – Ninja Van

Diterbitkan Julai 11, 2023 oleh ariff bukhari

Ninja Van Malaysia dalam kertas putih terbaru mereka yang bertajuk “What’s next for the future of E-commerce in Southeast Asia?” mendapati, walaupun e-shopaholics (pembeli tegar dalam talian) mewakili hanya 15% daripada populasi pembeli dalam talian di Asia Tenggara, tetapi mereka bertanggungjawab kepada 45% jumlah pembelian e-dagang.

Malah hasil kajian itu juga mendapati bahawa kebanyakan pembeli tegar dalam talian ini terdiri daripada pengguna terawal platform beli-belah dalam talian.

Mereka turut didapati lebih teliti dalam setiap peringkat proses membeli-belah, dari pemilihan barang hingga penerimaan bungkusan dan setiap peringkat adalah penting bagi memastikan kesetiaan e-shopaholics.

Tidak sekadar itu, 91% e-shopaholics didapati membeli barangan mereka berdasarkan apa yang pempengaruh syorkan serta jenama yang mereka ikuti di media sosial.

Screenshot 2023-07-11 170817

Kajian yang dijalankan itu adalah mengenai masa depan e-dagang di Asia Tenggara di 6 buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand, dan Vietnam.

Seramai lebih daripada 9,000 responden telah terlibat bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kumpulan pembeli tegar dalam talian ini, yang digelar “e- shopaholics” oleh Ninja Van Malaysia.

Di Malaysia, hanya 29% daripada 1,504 pembeli yang menyertai kajian ini dikenalpasti sebagai e-shopaholics.

Walau bagaimanapun, kumpulan pembeli yang kecil ini menyumbang kira-kira 50% kepada jumlah e-dagang di negara ini dan secara purata berbelanja dalam 11 kategori berbeza iaitu terdiri daripada produk kecantikan dan penjagaan kesihatan, elektronik, fesyen dan lain-lain.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • 55% Pengguna Malaysia Tak Jadi 'Check Out' Sebab Kaedah Pembayaran - Laporan
  • Kelajuan Purata Muat Turun 5G Malaysia Ke-4 Terpantas Di Dunia - Open Signal

Sumber: Siaran Media Ninja Van Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY