Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
grok x

Indonesia Umum Kembalikan Akses Chatbot Grok

Diterbitkan Februari 5, 2026 oleh ariff bukhari

Indonesia akan memulihkan akses kepada chatbot kecerdasan buatan (AI) Grok milik Elon Musk selepas platform media sosial X berjanji untuk mematuhi undang-undang negara itu, kata seorang pegawai kerajaan pada Ahad.

Grok sebelum ini menerima kecaman global selepas didedahkan bahawa ciri penjanaan imejnya membolehkan pengguna men seksualkan gambar wanita dan kanak-kanak hanya dengan menggunakan arahan teks yang ringkas.

Malaysia dan Filipina turut mengikut langkah Indonesia dengan menyekat sementara akses kepada alat tersebut, yang disepadukan dalam platform X, susulan kebimbangan terhadap penghasilan deepfake seksual berasaskan AI.

Alexander Sabar, pegawai kanan di Kementerian Komunikasi dan Digital Indonesia, berkata akses tersebut dipulihkan secara “bersyarat” selepas X Corp memberikan “komitmen bertulis yang mengandungi langkah-langkah konkrit bagi penambahbaikan perkhidmatan serta pencegahan penyalahgunaan”.

Menurut Sabar dalam satu kenyataan, kementerian akan terus memantau dan menilai penggunaan Grok, serta mengambil “tindakan pembetulan”, termasuk penggantungan semula, sekiranya sebarang pelanggaran dikesan.

xAI, syarikat pemula milik Musk yang membangunkan alat AI tersebut, tidak memberikan sebarang maklum balas segera terhadap permintaan komen oleh AFP.

Namun, syarikat itu memaklumkan kepada Filipina bulan lalu bahawa ia akan mengubah suai Grok agar bersesuaian dengan pasaran tempatan, termasuk “pengecualian sepenuhnya kandungan pornografi, khususnya bahan penderaan seksual kanak-kanak”.

Malaysia juga telah memulihkan akses kepada Grok selepas menerima jaminan serupa daripada X, yang merangkumi “langkah pencegahan dan keselamatan tambahan”.

Kesatuan Eropah (EU) pula menyatakan pada akhir Januari bahawa ia telah membuka siasatan terhadap imej deepfake seksual Grok yang melibatkan wanita dan kanak-kanak bawah umur.

Sebagai tindak balas, Grok memaklumkan bahawa ia kini mengehadkan penjanaan dan penyuntingan imej kepada pelanggan berbayar sahaja. – AFP.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • MCMC Tarik Balik Sekatan Sementara, Akses Grok Kini Dikembalikan
  • Imbasan MRI Dedah Kesan Telefon Pintar Pada Otak Kanak-Kanak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
©2026 WISER.MY