Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Paradoks Tenaga Mesra Alam: Projek Bioetanol Indonesia Ancam Ekosistem

Paradoks Tenaga Mesra Alam: Projek Bioetanol Indonesia Ancam Ekosistem

Diterbitkan April 9, 2025 · Dikemas kini April 9, 2025 oleh ariff bukhari

Indonesia merancang untuk menebang hutan seluas negara Belgium bagi pelaksanaan projek ladang makanan dan tenaga, termasuk tanaman tebu untuk menghasilkan bioetanol.

Projek ini sekali gus berpotensi mengusir komuniti Orang Asli yang bergantung kepada hutan untuk kelangsungan hidup mereka serta habitat spesies terancam.

Projek ini merupakan antara operasi penebangan hutan terbesar di dunia ketika ini, melibatkan kawasan seluas 4.3 juta hektar di Papua dan Kalimantan.

Bahagian terbesar projek ini, yang dipanggil Estet Makanan dan Tenaga Bersepadu Merauke, akan mengambil lebih 3 juta hektar (7.4 juta ekar) di Papua, menurut kumpulan alam sekitar Mighty Earth.

Walaupun bioetanol dilihat sebagai bahan api mesra alam, para pakar memberi amaran bahawa penebangan hutan untuk projek ini akan mengeluarkan ratusan juta tan karbon dioksida, merosakkan ekosistem biodiversiti, dan memburukkan bencana alam.

Penduduk tempatan telah mula mengadu tentang kehilangan tanah tradisional mereka, serta kehilangan sumber makanan dan identiti budaya akibat projek pemusnahan hutan ini.

Pemerhati alam sekitar memberi amaran bahawa kesan jangka panjang terhadap komuniti Orang Asli sebagai sangat serius.

Walaupun Kerajaan Indonesia bercadang melakukan penanaman semula hutan di kawasan yang telah diteroka, tetapi pakar menegaskan bahawa hutan dara mempunyai nilai ekologi yang jauh lebih tinggi dan tidak dapat digantikan sepenuhnya.

Penebangan hutan juga menyumbang kepada hakisan, merosakkan kawasan biodiversiti, mengancam hidupan liar dan manusia yang bergantung kepada hutan dan menambahkan lagi risiko bencana daripada cuaca ekstrem.

Berkaitan

  • Saintis Dedah Yang 47% Daripada Hutan Amazon Kini Terancam
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Selepas Pupus Lebih 10,000 Tahun, Serigala Purba "Kembali Dihidupkan"

Sumber: Business Standard, AP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY