Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
keretapi indonesia

Indonesia Lancar Sistem Keretapi Bertingkat Pertama, Tangani Isu Kesesakan Dan Pencemaran Di Jakarta

Diterbitkan Ogos 29, 2023 ยท Dikemas kini Ogos 29, 2023 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada semakan terkini di laman pemantau kualiti udara IQAir, Bandar Raya Jakarta, Indonesia tersenarai sebagai salah satu bandar raya yang miliki kualiti udara paling tercemar di dunia.

Skor indeks semasa kualiti udara di bandar raya itu adalah 123 mata iaitu di tahap kualiti udara yang tidak sihat untuk kumpulan sensitif.

Malah pencemaran zarah di dalam udara bandar raya itu juga adalah pada tahap PM2.5 iaitu 8.9 kali ganda lebih tinggi daripada nilai garis panduan kualiti udara tahunan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO.

Live most polluted major city ranking Tooltip icon

“Jakarta sentiasa berada dalam senarai 10 bandar teratas dengan kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas dan pencemaran sentiasa wujud di Jakarta.” Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Jadi sebagai usaha untuk menangani isu yang dihadapi mereka, Presiden Indonesia, Joko Widodo telah melancarkan landasan kereta api bertingkat pertama di bandar raya itu.

keretapi indonesia 1

Ia merupakan projek bernilai AS$2.13 bilion sebagai langkah yang bukan sahaja untuk menangani isu kualiti udara tetapi juga mengurangkan kesesakan jalan raya yang kronik di ibu negara itu yang turut menyumbang kepada pencemaran udara.

Sistem keretapi tanpa pemandu sejauh 41.2 km yang dikenali sebagai Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Jabodebek itu menghubungkan pusat bandar Jakarta dan satelitnya di Jawa Barat, Bekasi dan Depok.

Stesen LRT Jabodebek ini juga dihubungkan dengan pengangkutan awam lain yang tersedia ada di dalam Jakarta seperti Commuterline, MRT Jakarta, TransJakarta, Mikrotrans, Kereta Api Cepat Jakarta Bandung, Trans Patriot, angkutan kota dan pengangkutan awam swasta yang lain.

Berkaitan

  • Thailand Bina Prototaip Kereta Api 'Super' Mewah, Siap Dengan Pelayan Robot
  • Touch n Go eWallet Tawar Servis Untuk Kesan Jika Ada Kebocoran Data Anda Di Internet
  • Malaysia Di Landasan Tepat Untuk Ke Arah Negara Rendah Karbon

Sumber: KAI, Reuters, IQAir

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY