Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Indonesia Dilapor Mahu Pulangkan Tren ART Autonomi Buatan China

Indonesia Dilapor Mahu Pulangkan Tren ART Autonomi Buatan China

Diterbitkan November 19, 2024 oleh Rushsyafizal

Indonesia mengambil keputusan untuk mengembalikan tren Autonomi Rail Rapid Transit (ART) buatan China selepas siri ujian yang dijalankan di Nusantara, ibu kota baharu negara itu, menunjukkan kegagalan fungsi autonomi.

Tren ART, yang direka oleh China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC), menggunakan roda getah dan sensor untuk beroperasi di laluan khas atau jalan biasa.

Walau bagaimanapun, dalam ujian antara September hingga Oktober 2024, sistem ini masih memerlukan pemandu untuk mengambil alih kawalan dalam situasi kecemasan.

Antara asalah yang dikesan:

  • Sistem brek automatik gagal mengesan halangan
  • Tiada pelan kelajuan atau brek yang disesuaikan untuk laluan tertentu
  • Tiada kawalan laluan yang boleh diprogramkan

Menurut Mohammed Ali Berawi, timbalan transformasi hijau dan digital IKN, hal ini menunjukkan bahawa pembangun tidak yakin dengan kebolehpercayaan sistem kawalan autonomi mereka.

Pengembalian tren ART kepada CRRC akan dilakukan tahun ini setelah perbincangan lanjut dengan Kementerian Pengangkutan.

Menurut jurucakap kementerian, Budi Rahardjo, negara tidak mengalami kerugian kerana kos ujian ditanggung oleh vendor.

Tren ART Autonomi ini merupakan projek ketiga Indonesia dengan China dalam bidang pengangkutan awam selepas kereta api laju Whoosh dari Jakarta ke Bandung dan kerjasama pembelian tren komuter.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • iPhone XS Max Kini Dikategorikan Produk Vintaj
  • Sejumlah Lagi Perkhidmatan Di Aplikasi CIMB Clicks Akan Beralih Ke CIMB OCTO
  • NADMA Wujudkan Sistem Hebahan Amaran Awal Banjir Melalui SMS
  • Badan Agama Pakistan Isytiharkan Penggunaan VPN Adalah Bertentangan Dengan Syariah

Sumber: TheStar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY