Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Indonesia Bangunkan Inkubator Hasilkan Telur Masin Berkualiti Tinggi Dalam Masa 5 Jam

Indonesia Bangunkan Inkubator Hasilkan Telur Masin Berkualiti Tinggi Dalam Masa 5 Jam

Diterbitkan Januari 21, 2026 · Dikemas kini Januari 21, 2026 oleh ariff bukhari

Mahasiswa Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS) dari Indonesia telah mencipta inovasi bernama OSMOINC, sebuah inkubator automatik yang mampu menghasilkan telur masin (telur asin) berkualiti tinggi hanya dalam masa 5 jam.

Berbeza dengan kaedah tradisional yang memerlukan 10–14 hari, OSMOINC menggunakan gabungan teknologi manipulasi tekanan osmosis dan sensor Near Infrared (NIR) untuk mempercepatkan proses tanpa menjejaskan rasa atau tekstur.

Proses bermula dengan rendaman telur dalam larutan asid asetik 15% selama lima minit bagi membuka liang pada kulit telur.

Seterusnya, telur direndam dalam larutan garam 30% pada suhu 70°C selama empat jam.

Sensor NIR kemudian digunakan untuk meramal tahap kematangan telur secara masa nyata, memastikan hasil yang konsisten.

Inovasi ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah berpotensi membantu industri makanan berskala sederhana meningkatkan produktiviti serta kualiti produk.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Lapangan Terbang Jepun Mula Uji Mesin Pemampatan Pakaian Automatik
  • Satu-Satunya Di Malaysia, Terowong Angin UTM Setaraf Boeing Dan NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY