Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jalan berlubang

India Rancang Bina Jalan Pulih Sendiri, Tangani Isu Jalan Berlubang

Diterbitkan Mei 13, 2024 · Dikemas kini Mei 13, 2024 oleh ariff bukhari

Salah satu perkara yang paling mencabar tentang jalan raya di India ialah keadaan jalan berlubang, terutamanya di kawasan luar bandar.

Ekoran itu, Pihak Berkuasa Lebuhraya Kebangsaan India (NHAI) dilaporkan sedang merancang untuk membina jalan raya dengan teknologi pulih sendiri yang diharap dapat menangani isu jalan berlubang di dalam negara itu.

Inovasi ini akan membolehkan jalan itu untuk membaiki sendiri secara autonomi, hasil penggunaan campuran bahan asfalt baharu.

Komposit ini akan menjadi campuran gentian keluli dan bitumen. Sekiranya berlaku pembentukan jurang, bitumen akan mengembang untuk mengisinya, manakala benang keluli akan membantu dalam menampal lubang.

Selain manfaat mengurangkan jalan berlubang, teknologi ini juga berpotensi memanjangkan ketahanan jalan dan mengurangkan kos penyelenggaraan.

Sebenarnya, teknologi ini bukanlah baharu tetapi ia sudah dibangunkan lebih sedekad lalu oleh Erik Schlangen, seorang saintis dari Belanda yang mencipta bahan yang dipanggil asfalt penyembuhan diri yang boleh membaiki dirinya sendiri.

Idea ini telah pun diuji di 12 jalan yang berbeza di Belanda dengan salah satunya telah dibuka kepada orang ramai sejak 2010 lagi. Ujian itu nampaknya berjaya berfungsi dengan sempurna cuma asfalt penyembuhan sendiri ini boleh menjadi 25% lebih mahal daripada kos jalan biasa.

Tetapi jika memikirkan kos penyelenggaraan berulang, teknologi itu sebenarnya boleh menjimatkan banyak wang kerajaan dalam jangka masa panjang.

Belanda misalnya, menganggarkan bahawa ia berpotensi menjimatkan sehingga €90 juta (atau ~RM460 juta) dalam pembaikan jalan dan aktiviti berkaitan jika semua jalan dibuat dengan teknologi tersebut.

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Finshots, Times Of India, The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY