Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
India Bangunkan Bateri EV Baharu, 6 Minit Cas, 3,000 Kitaran

India Bangunkan Bateri EV Baharu, 6 Minit Cas, 3,000 Kitaran

Diterbitkan Mei 27, 2025 · Dikemas kini Mei 27, 2025 oleh ariff bukhari

Bateri litium-ion kini mendominasi industri kenderaan elektrik (EV) walaupun ia mahal dan sumber litium juga terhad dengan kebergantungan kepada negara-negara luar yang memilikinya.

Tapi itu mungkin akan menjadi sejarah apabila saintis di Bengaluru, India mungkin telah menemui alternatif yang lebih baik daripada bateri litium ion dengan penemuan bateri sodium-ion (SIB)

Penemuan itu dibuat oleh pasukan penyelidik dari Jawaharlal Nehru Centre for Advanced Scientific Research (JNCASR) yang telah membangunkan bateri SIB berasaskan bahan katod dan anod jenis NASICON yang boleh dicas sehingga 80% dalam hanya 6 minit dan hayat yang mampu bertahan lebih 3,000 kitaran pengecasan.

Fast charging sodium ion battery
Dari (kanan), penyelidik yang membuat penemuan ini – En. Biplab Patra (pelajar Ph.D, JNCASR) dan Prof. Premkumar Senguttuvan, Profesor Madya di JNCASR.

Kejayaan ini dicapai dengan gabungan kimia pintar dan teknologi nano di mana bahan anod direka khas dengan komposisi baharu, dikecilkan ke skala nano.

Kemudian disalut karbon nipis dan ditambah sedikit aluminium yang membolehkan ion natrium bergerak lebih pantas dan selamat, sekaligus meningkatkan prestasi dan ketahanan bateri.

Natrium adalah jauh lebih murah dan mudah didapati di India berbanding litium. Ini membuka peluang besar untuk negara itu mencapai kebebasan teknologi tenaga.

Bateri ini berpotensi digunakan dalam kenderaan elektrik, grid solar, dron dan rumah luar bandar, menjadikan tenaga bersih lebih mudah diakses.

Teknologi ini telah disahkan melalui ujian dan simulasi kuantum, serta menawarkan kelebihan keselamatan kerana tidak mudah terbakar seperti bateri konvensional.

Walaupun belum tersedia untuk pasaran, tapi penemuan ini adalah langkah besar ke arahtenaga hijau. Malah penemuan ini mungkin akan menjadikan India sebagai antara negara peneraju teknologi bateri global pada masa hadapan.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Sistem ‘Power Bank Gergasi’ Gotion 20MWj Ini Boleh Tahan Sehingga 25 Tahun
  • Bahan Unik Ini Sedang Dikaji Untuk Digunakan Dalam Penyaman Udara

Sumber: Department Of Science & Technology

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY