Imej Sony Xperia XZ2 Dengan Pengecas Tanpa Wayar

Ramai yang menganggap rekaan telefon pintar dari Sony petak yang membosankan. Tetapi berdasarkan bocoran imej baru-baru ini, jenama itu dilihat membawa sedikit perubahan untuk model Xperia XZ2.

Xperia XZ2 disebut sebagai telefon pintar pertama dari Sony yang menggunakan nisbah skrin 18:9 bersama-sama dengan cip terbaru Qualcomm, Snapdragon 845.



Panel belakang memperlihatkan satu kamera 19MP dan pengimbas cap jari yang kedudukannya agak kebawah sedikit.

Binaan panel belakang pula diperbuat daripada kaca, menawarakan fungsi pengecasan tanpa wayar.

Kapsyen: Imej Sony Xperia XZ2 Dengan Pengecas Tanpa Wayar


Sebuah lagi model yang akan dilancar bersama adalah versi Compact dengan saiz lebih kecil iaitu 5 inci.

Baca juga - Sony Xperia XZ2 Dan XZ2 Compact – Harga Dan Spesifikasi Tertiris

Sumber: VentureBeat