Imbas Kembali : Nokia N95 Sebuah Peranti Mewah Yang Unggul Suatu Ketika Dahulu

Nama Nokia sudah tidak asing lagi dalam industri telefon pintar bahkan ia merupakan sebuah gergasi dalam industri ini. Nokia juga telah memperkenalkan model N Series pada tahun 2005 dengan model Nokia N70, Nokia N90 dan Nokia N91. Siri N Series mendapat sambutan hangat dari para pengguna seluruh dunia dan ia diteruskan lagi pada tahun berikutnya dengan model terbaru iaitu Nokia N73, Nokia N80, Nokia N93 dan pelbagai lagi.



Pada tahun 2007, Nokia memperkenalkan sebuah peranti mercunya yang terbaru iaitu Nokia N95 di seluruh pasaran dunia. Ia merupakan peranti pertama keluaran Nokia yang mempunyai sistem GPS di dalamnya. Ia telah mendapat sambutan hangat dan menurut sebuah laman web teknologi iaitu tech radar, 1 juta unit Nokia N95 telah dijual di UK pada tahun 2007 dan ia merupakan penjualan yang memberangsangkan dan telah dijual sebanyak 7 juta unit di pasaran dunia.



Hadir dengan paparan 2.6 inch LCD dengan resolusi 320X240p, Nokia N95 juga dikenali sebagai peranti paling canggih pada awal pelancarannya. Dilengkapi dengan kamera bersaiz 5MP Carl Zeiss dan boleh membuat rakaman video 640X480p, ia menjadi antara peranti yang mempunyai kamera terunggul ketika itu kerana kebanyakan peranti lain hanya mempunyai kamera bersaiz sekitar 2MP dan juga 3.2MP. Nokia N95 juga hadir dengan



Dari segi reka bentuk, ia mempunyai reka bentuk yang premium dan menarik kerana ia dilengkapi dengan sistem slider di mana ia mempunyai dua fungsi. Jika menolak slider tersebut ke atas, ia akan memaparkan keypad peranti dan jika slider itu ditolak ke bawah, pengguna boleh melihat butang muzik dan skrin peranti akan bertukar kepada mod landskap seperti gambar di atas.



Nokia juga telah melancarkan Nokia N95 8GB pada Oktober 2007 di mana ia mempunyai kapasiti storan yang amat besar ketika itu iaitu 8GB tanpa slot memori kad 128MB RAM berbanding Nokia N95 biasa yang hanya hadir dengan storan 160MB dan 64MB RAM. Ia hadir dengan saiz paparan yang lebih besar iaitu 2.8inch berbanding Nokia N95 biasa yang hanya bersaiz 2.6inch. Hadir dengan warna hitam, namun peranti ini tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana mendapat saingan daripada Iphone 2G dan Nokia N96 yang hadir beberapa bulan kemudian.

Jika pada masa kini peranti seperti Iphone 11 Pro dan juga Samsung Galaxy Note 10 menjadi lambang kemewahan dan lambang kecanggihan teknologi, samalah juga dengan Nokia N95 yang merupakan peranti terunggul pada zamannya.