Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Illegear Bolt Curved Gaming Monitor Dilancarkan, Harga Bermula RM 659

Illegear Bolt Curved Gaming Monitor Dilancarkan, Harga Bermula RM 659

Diterbitkan Oktober 2, 2020 oleh Amsyar Latif

Seiring dengan pelancaran desktop gaming Illegear Pulse, mereka juga memperluaskan barisan produk dengan melancarkan Illegear Bolt Curved Gaming Monitor, Bolt 24 dan Bolt 27.

Illegear Bolt Curved Gaming Monitor Dilancarkan, Harga Bermula RM 659

Terdapat dua model bagi monitor ini iaitu saiz 24 inci dan 27 inci. Kedua-dua model ini menggunakan paparan daripada Samsung iaitu panel VA dengan kadar segar semula 144Hz.

Illegear Bolt Curved Gaming Monitor Dilancarkan, Harga Bermula RM 659

 

Spesifikasi dalam bagi dua model ini adalah lebih kurang sama. Apa yang membezakannya adalah Bolt 24 mempunyai lengkungan 1200R dengan resolusi 1920×1080 Full HD serta 5ms masa tindak balas.

Illegear Bolt Curved Gaming Monitor Dilancarkan, Harga Bermula RM 659

Sementara Bolt 27 mempunyai lengkungan 1500R serta resolusi 2560×1440 QHD. Turut hadir dengan 4ms masa tindak balas dan menyokong HDR.

Harga jualan bagi Bolt 24 adalah RM 659 manakala Bolt 27 dijual pada harga RM 1,199. Kedua-dua monitor ini boleh dibeli melalui laman rasmi Illegear.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY