Illegear Pulse Dilancarkan, Sebuah Desktop Gaming Microtower Harga Bermula RM 5,699

Baru-baru ini, Illegear melancarkan desktop gaming terbaharu mereka, Illegear Pulse iaitu sebuah PC Microtower. PC ini memberikan pengguna boleh melakukan ubah suai mengikut cita rasa sendiri.



Rekaan Illegear Pulse ini adalah berasaskan rekaan NZXT H1 dan banyak pilihan perkakas yang boleh dipilih pengguna. Ini termasuk cip pemproses AMD Ryzen siri 3000 hingga Ryzen 7 siri 4000 dan Ryzen 9 3950x.



Jika anda adalah peminat intel, mereka juga menawarkan cip pemproses intel sehingga Intel Core i9-10850K. Pengguna juga boleh memilih papan induk dari pelbagai jenama seperti ASUS, Asrock, GIGABYTE dan MSI.

Bagi pilihan kad grafik pula, pilihan yang ditawarkan adalah ZOTAC GeForce RTX 2070 atau Sapphire Nitro+ Radeon RX 5700 XT.



Selain itu, turut dilengkapi dengan NZXT 140mm all-in-one liquid untuk penyejukan cpu dan bekalan kuasa NP-S650M 650W. Ia juga dimuatkan RAM sehingga 32GB, storan 2TB M.2 PCIe NVMe SSD dan dua 2.5 inci 2TB SATA SSD.

Harga jualan bagi Illegear Pulse ini adalah RM 5,699 dan boleh dibeli menerusi laman rasmi Illegear.

Bersempena pelancaran ini juga, Illegear menawarkan promosi termasuk naik taraf 16GB RAM, Thermal Grizzly Kryonaut dan Illegear Tusk gaming mouse secara percuma.