Iklan Di WhatsApp Mungkin Muncul Pada iOS Terlebih Dahulu

Tempoh hari kita telah disajikan dengan berita WhatsApp mahu memaparkan iklan pada ciri Status mereka.

Ini kerana Facebook berpendapat bahawa WhatsApp mampu menjana pendapatan dengan skala yang lebih besar dengan cara itu disamping mengekalkan statusnya sebagai aplikasi percuma untuk digunakan.

Perkembangan terbaru yang diperoleh daripada WaBetaInfo, WhatsApp sedang bersiap sedia melancarkannya pada peranti iOS.

Walaubagaimanapun, perkara ini masih belum rasmi lagi dan sama-sama kita nantikan pengumuman dari WhatsApp.

 

Helmi Samsuri

Helmi Samsuri

Pengerusi Kelab Lontar Peluru Wiser.my

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408