IFA 2016: TP Link Tampil Dengan Telefon Pintar Neffos







TP-Link yang di kenali sebagai pembuat barangan rangkaian seperti modem router, telah tampil dengan keluaran telefon pintar jenama mereka sendiri iaitu Neffos. Hari ini mereka mengumumkan telefon pintar Neffos X Series iaitu Neffos X1 dan Neffos X1 Max sewaktu pameran IFA hari ini.









Kedua dua model mempunyai rekaan besi di luaran dan mengetengahkan bentuk lengkung yang tirus hingga ke bahagian sisi. X1 Max mempunyai rekaan yang sangat nipis dengan ketebalan 2.75mm dan X1 pula hadir dengan ketebalan 2.95mm. Kedua duanya mempunyai gelas Corning Gorilla 2.5D dengan ketahanan calar. X1 mempunyai skrin paparan IPS HD berukuran 5 inci dan X1 Max pula dengan paparan IPS HD penuh 5.5 inci. Di bahagian tepi terdapat butang kuasa dan suara dan di sebelahnya pula terdapat fungsi kunci mute.











Dari segi spesifikasi, kedua duanya mempunyai kamera belakang dengan 13 megapixel dengan sensor pencahayaan yang tinggi, kadar pengesanan autofocus yang laju dan f/2.0 aperture. Ianya juga dilengkapi dengan flash LED dwi-tona warna. Model Neffos ini juga mempunyai sistem real-time night shooting yang memberi impak kepada prestasi mutu gambar semasa pencahayaan yang rendah.



Kamera depan pula mempunyai 5 megapixel dan direka dengan sistem real-time beauty, jadi jangan risau tentang kualiti gambar selfie anda. Ianya juga mempunyai sensor pengesahan cap jari yang terletak di posisi belakang bersama lensa kamera dan flash. Sensor cap jari ini mempunyai kadar unlock yang sangat laju iaitu 0.2 saat.






Neffos X1 dan X1 Max direka dengan prosessor MediaTek Helio P10 yang dikatakan mempunyai kelajuan yang sangat pantas. X1 datang bersama 16GB dan 32GB manakala X1 Max datang bersama variasi 32GB dan 64GB. Kedua duanya menggunakan Android 6.0 Marshmallow. Dari segi kapasiti bateri, X1 mempunyai 2250 mAh dan X1 Max mempunyai 3000 mAh.

















 Nota
Penting: IFA Trade Show adalah Pameran Perdagangan Utama di dunia untuk
barangan elektronik dan peralatan rumah. Ianya berlangsung bermula dari
2 September hingga 7 September yang bertempat di Berlin. Anda boleh
lihat artikel yang telah dilebelkan untuk melihat peranti baru yang
ditayangkan di IFA Trade Show.