Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IEC Telecom Malaysia

IEC Telecom Masuk Pasaran Malaysia Sebagai Penjual Semula Starlink

Diterbitkan Mac 4, 2026 oleh Amsyar Latif

IEC Telecom Group secara rasmi membuka pejabatnya di Malaysia sebagai sebahagian daripada pengembangan strategik perkhidmatan ketersambungan perusahaan di Asia Tenggara.

Melalui langkah ini, syarikat tersebut turut memperkenalkan penyelesaian internet satelit Starlink bagi menyokong perniagaan dan komuniti yang menghadapi kekangan capaian internet.

Teknologi satelit ini disasarkan untuk membantu kawasan pedalaman dan luar bandar yang mempunyai liputan rangkaian konvensional rendah, termasuk sektor maritim yang memerlukan sambungan komunikasi yang stabil bagi memastikan operasi harian berjalan lancar.

Inisiatif ini selari dengan usaha negara memperkukuh infrastruktur digital di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Menjelang penghujung 2025, liputan internet di kawasan berpenduduk Malaysia telah meningkat kepada 99.71%, berbanding 91.8% sebelum pelaksanaan pelan tersebut.

Namun begitu, jurang capaian internet masih wujud di beberapa kawasan luar bandar terutamanya di Malaysia Timur.

Melalui pejabat baharunya di Malaysia, IEC Telecom akan menyediakan penyelesaian komunikasi satelit yang disesuaikan untuk pelbagai sektor termasuk tenaga, maritim, kerajaan, logistik dan operasi perusahaan di kawasan terpencil.

Sebagai penjual semula Starlink yang sah di Malaysia, syarikat itu menyasarkan untuk membantu merapatkan jurang digital dengan menyediakan sambungan internet berprestasi tinggi di kawasan yang sukar diliputi oleh infrastruktur telekomunikasi konvensional.

Berkaitan

  • Indonesia Pengguna Ke-3 Terbesar Starlink
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Starlink Rancang Lancar Satelit ‘Direct-to-Cell’ Gen-2 Bermula 2027

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY